- Ahlan Wasahlan -

rss

Sabtu, 16 Mei 2009

Flash Back - Kem Motivasi 2008

Kem Motivasi UPSR adalah merupakan antara beberapa program pengukuhan yang menjadi aktiviti 'wajib' di SKPK. Matlamat dan objektif diadakan Kem seumpama ini sudah tentu untuk memantapkan lagi motivasi putra putri SKPK yang akan menduduki ujian terutamanya UPSR.

Murid2 mendengar dengan baik ceramah yang disampaikan...

Pihak pengelola juga turut menjemput pelatih2 KPLI untuk memantapkan lagi pengisian program..

"Sesungguhnya untuk menjadi pelajar yang cemerlang tidak hanya cukup dengan cita-cita atau angan-angan sahaja... yang penting ialah apa ikhtiar yang sedang anda usahakan ke arah itu..." kata penceramah ( hehe... mungkin kot)

Tiada yang dapat merubah keadaan dan nasib kita (wahai anak2) melainkan dengan kesedaran diri kita sendiri...

USR sedang menerima cenderahati dr pengerusi pengelola... TQ

Dengan usaha2 yang telah dibuat, berbaloilah kerana 'telur' sudah dipecahkan dgn adanya seorang murid dpt 5A...

Kejayaan demi kejayaan... kecemerlangan demi kecemerlangan masih sentiasa bersama anda (anak2 sekalian)... kalau anda tetap berpegang dengan nilai dan jati diri...

GB bersama pegawai perasmi dr PPG (Drs. Selamat Ismail)

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan Kem Motivasi UPSR SKPK 2008!

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009