- Ahlan Wasahlan -

rss

Khamis, 28 Mei 2009

Mesyuarat Akhir G52 6SR (AJK INDUK)

Tarikh : 28hb Mei 2009 (Khamis)
Masa : 9.00am
Tempat : Bilik Gerakan SMK Keningau

Kehadiran :
1. Ust. Anis Md Tahir (Wakil PPD - Mentor program)
2. Pengetua SMK Keningau
3. GB SK Penagatan (Pengerusi Program)
4. GB SK Pekan Keningau II
5. GB SK Ambual
6. GB SK Ansip
7. GB SK Kg. Biah
8. GB SK Membulu
9. PK SK Penagatan (S/U)
10. PK SK Ambual
(Senarai kehadiran lain - rujuk minit mesyuarat)

Mesyuarat akhir G52 6SR Fasa 1 Zon Pegalan telah diadakan bagi menilai status perlaksanaan terkini daripada setiap sekolah yang terlibat.

Banyak hal telah disentuh & antara lainnya ialah seperti Tentatif Perasmian Penutupan, Jadual program keseluruhan, Pengisian2 Ceramah & LDK, Jadual guru bertugas (guru pengiring), kewangan dan pelbagai lagi.

Sebagai rangkuman & tatapan bersama, berikut disajikan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa mesyuarat tersebut berjalan.

Wakil PPD, Pengetua SMKK, GB2, PK2 & beberapa AJK yang hadir menunggu sidang mesyuarat dimulakan...

GB SK Penagatan (En. Nasip Dipal) selaku pengerusi program fasa 1 G52 6SR sedang mempengerusikan mesyuarat. Duduk di kanan beliau ialah Ust. Anis Md Tahir (Wakil PPD - Mentor Program)

Suasana hangat dalam mesyuarat dengan perbincangan reflektif yang banyak menghasilkan keputusan yang baik & positif ...

Pelbagai bentuk permuafakatan dapat dilakukan dengan penggabungan idea yang bernas & jitu bagi kelangsungan perlaksanaan program yang lebih terancang & tersusun...

Sidang mesyuarat menikmati sedikit juadah & minuman ringan pembasah tekak selepas sesi mesyuarat diadakan...

Ust. Anis Md. Tahir (Wakil PPD - Mentor Program G52 6SR Fasa 1 Zon Pegalan)

Tahniah kepada semua yang hadir. Semoga sesi mesyuarat akhir yang dijalankan pada hari ini telah dapat 'membedahsiasat' & mengenalpasti tindakan2 susulan yang penting dan sekaligus memantapkan lagi perlaksanaan program sehingga dapat dijalankan pada hari yang telah ditetapkan (iaitu pada 08hb-11hb Jun 2009) dengan jayanya.

Salam program...

USR
S/U II Program G526SR ZP
jam 1825pm

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009