- Ahlan Wasahlan -

rss

Ahad, 26 Julai 2009

Catatan Mingguan : Hari Guru SKPK, Post Mortem G52 dll...

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU (20hb-24hb Julai 2009)
------------------------------------------------------------------------------

Sambutan Hari Guru SKPK '09
------------------------------------

Tarikh : 21hb Julai 2009 (Selasa)
Masa : 7.30am -3.00pm
Tempat : SKPK

Senamrobik Guru-guru dan seluruh warga SKPK dikendalikan oleh En. Marcellus Kandu & dibantu oleh ahli-ahli pengakap SKPK... Ala-ala kung fu hehe...

Steady guru-guru...

Acara boling padang (dengan menggunakan buah kelapa... hahah...) Pn. Masrinah ter-miss... buah melantun. Bukan guling bantal maaa....

Wah! ni apa pulak ni? Pertandingan pakaian beragam baitu... ntah macam apeee je...

GB menyampaikan cenderakenangan buat Pn. Christy F. Evit yang telah berpindah ke SK. Patikang Laut.. 8 tahun berkhidmat di SKPK, pelbagai rasa sudah dialami... apa pun TQ atas khidmat selama ini... selamat Hari Guru!

*************************************************************************************

POST-MORTEM Projek G52 6SR Fasa 1 Peringkat Zon Pegalan
-----------------------------------------------------------------------

Tarikh : 22hb Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.00am
Tempat : Bilik Gerakan SMK Keningau

PK 1 SKPK (baju coklet) selaku penyelaras program G52 6SR Fasa 1 ZP sedang berbincang sesuatu dengan Guru Besar dari SK Ansip, En. Sarimin...

Antara ahli-ahli mesyuarat post-mortem yang hadir terdiri daripada GB2 6 sekolah yang terlibat & beberapa guru biasa yang lain...

Catatan : Pelbagai respon yang positif diperolehi daripada post-mortem ini. SWOT telah dikenalpasti sebagai tindakan lanjut & ahli-ahli mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan program susulan (fasa 2) dalam masa terdekat sebagai 'pecutan akhir' sebelum UPSR menjelang....


*************************************************************************************

Pengagihan Duit Bantuan KWAPM SKPK

-----------------------------------------------

Tarikh : 24 hb Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 1.30pm
Tempat : Dewan Serbaguna SKPK

Antara ibubapa yang berjaya hadir ke majlis penyerahan duit bantuan KWAPM kepada anak masing-masing yang layak & terpilih...

GB berucap semasa majlis penyerahan duit KWAPM : "Kami mengharapkan semoga dengan adanya bantuan KWAPM ini, anak-anak murid di sekolah ini akan lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Disamping itu, ibubapa juga kami harapkan dapat mengatur dengan sebaiknya penggunaan kewangan yang diperolehi untuk kemajuan anak masing-masing....."

Para ibubapa yang hadir kelihatan ceria dan gembira... maklumlah nak terima duit... Tapi INGAT... 'untuk anak-anak belajar'.


*************************************************************************************

KEM LITERASI AL-QURAN (KLAQ)
------------------------------------------

Tarikh : 25hb Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30am - 12.30tgh
Tempat : SKPK
Bilangan pelajar terlibat : 31/38 orang murid
Sasaran : Pelajar tahun 2-4 yang belum melepasi penguasaan Kemahiran Iqra'
Anjuran : j-QAF SKPK

Adik Mohd. Arif Fetry - antara pelajar yang terlibat dalam program KLAQ.
Semoga semua peserta mendapat lebih pendedahan & pengayaan kemahiran dalam kem intensif seumpama ini...

Sebahagian 31 orang murid yang terlibat... nampaknya mereka sungguh bersemangat walaupun kem diadakan pada hari cuti persekolahan biasa..

Para peserta bersalaman dengan para fasilitator yang terlibat mengendalikan program. Para peserta turut diberikan 'mini hamper' sebagai saguhati. Menu tengahari - nasi lemak & air mineral.

*************************************************************************************

SLIDESHOW AKTIVITI SEPANJANG MINGGU:


0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009