- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Isnin, 17 Ogos 2009

BULAN KOKURIKULUM SKPK 2009

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua guru-guru & KTBM SKPK, para pelatih IPGM Kampus Keningau dan murid-murid yang telah menjayakan Bulan Kokurikulum Peringkat SK. Penagatan baru-baru ini.

Pelbagai pengisian atau aktiviti sepanjang kempen Bulan Kokurikulum telah diadakan melibatkan 3 unit utama dalam bidang kokurikulum iatu Unit Beruniform, Unit Kelab & Persatuan serta Unit Sukan & Permainan.

Antaranya ialah seperti berikut:

1. Pertandingan Bola Sepak (Kategori Lelaki)
2. Pertandingan Bola Tampar (Kategori perempuan)
3. Pertandingan 'Mencari Harta Karun'
4. Pertandingan Membalut Hadiah
5. Pertandingan Memasang Khemah

Perasmian penangguhan Bulan Kokurikulum SKPK telah disempurnakan sendiri oleh Guru Besar SKPK iaitu En. Nasip Dipal. Dalam ucapan singkatnya, beliau mengharapkan semua murid lebih terbuka dan bersemangat mengikuti apa jua yang dianjurkan oleh pihak sekolah samada dalam bidang Akademik, Kokurikulum mahupun kegiatan keterampilan yang lain. Seorang murid yang cemerlang perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 ciri sifat yang unggul iaitu daya saing / daya juang, cergas fizikal dan berakhlak mulia.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang bulan Kokurikulum dilaksanakan:


SLIDE BULAN KOKURIKULUM SKPK 2009

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009