- Ahlan Wasahlan -

rss

Sabtu, 28 November 2009

Interactive English Activity

Tarikh: 13 November 2009

Tempat: SK. Penagatan

Anjuran: Pelatih KPLI Pengajian Inggeris, Ambilan June IPGM Kampus Keningau (Sempena dengan Program 'Teaching School').

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelatih-pelatih KPLI Pengajian Inggeris ambilan June 2009 daripada IPGM Kampus Keningau yang telah menjayakan 'Interactive English Activity' di Sk. Penagatan baru-baru ini. Walaupun mereka datang di saat sekolah turut mengadakan satu lagi majlis (majlis Penutupan Galakan Membaca PSS 1 Malaysia), namun semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kesemua pelatih sangatlah dihargai.

Aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Program 'Teaching School' itu diadakan khusus untuk murid-murid sasaran iaitu murid daripada kelas 4 Bijak yang menjadi 'anak angkat' dalam program tersebut.

Para pelatih yang datang lebih kurang jam 8.30 pagi telah dibawa ke kelas Tahun 4 Bijak di mana 16 orang murid telah menunggu dengan 'excited'. Aktiviti dimulakan dengan set induksi ataupun 'warm-up' yang menarik iaitu menyanyikan lagu 'My New Found Friend' yang diiringi dengan 'action'. Memandangkan ruang yang sempit, aktiviti diteruskan di luar kelas iaitu di kawasan tapak perhimpunan. Murid-murid semuanya gembira menyanyi sambil menggayakan lagu tersebut.

Seterusnya ialah aktiviti permainan mini iaitu 'Musical Chairs'. Muzik akan dimainkan dan murid-murid akan bergerak mengelilingi kerusi yang jumlahnya kurang 1 daripada jumlah murid. Apabila muzik dimatikan, semua murid akan berlumba untuk duduk di atas kerusi. Murid yang gagal mendapat tempat duduk dikira kalah dan terkeluar daripada permainan. Permainan diteruskan sehinggalah tinggal dua orang sahaja murid iaitu adik Belen Shad dan adik Anastasia Anthony yang di mana akhirnya dimenangi oleh adik Anastasia.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti 'Mini Explorace' di mana murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka telah memilih nama-nama seperti 'Dragon', 'Cheetah' dan 'Hamster' sebagai nama kumpulan. Dalam aktiviti ini, terdapat beberapa checkpoint yang harus dilawat oleh setiap kumpulan, di mana di setiap checkpoint tersebut mereka akan diuji dengan beberapa soalan. Antara checkpoint tersebut termasuklah Checkpoint Grammar, Checkpoint Communication, Checkpoint General Knowledge dan Checkpoint Spelling.

Aktiviti terakhir sekali ataupun 'closure' merupakan sesi nyanyian sekali lagi di mana para pelatih telah menyanyi bersama-sama dengan murid-murid beberapa buah 'action songs' seperti 'Six Little Ducks' dan 'The More We Get Together'.

Seterusnya ialah majlis penutupan dimulakan dengan ucapan ringkas Penolong Kanan Pentadbiran Sk. Penagatan, Puan Hilina Lawrence yang mewakili guru besar dan diikuti dengan upacara penyampaian hadiah aktiviti 'Mini Explorace' yang disampaikan oleh En. Mathius Manang wakil Pegawai Pelajaran Daerah yang kebetulan hadir untuk merasmikan majlis penutupan Program Galakan Membaca PSS 1 Malaysia Sk. Penagatan. Hadiah-hadiah berupa alat tulis dan buku cerita juga hamper makanan ringan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Dragon (Johan), Hamster (Naib Johan) dan Cheetah (Ketiga).

Sebelum berangkat pulang, para pelatih telah mengambil gambar kenangan bersama murid-murid, En. Chantirasekar (penyelaras program Teaching School IPGM Kampus Keningau), En. Mathius Manang (wakil PPD), Puan Hilina Lawrence (PK1), dan beberapa orang guru SK. Penagatan.

Kepada para pelatih KPLI Pengajian Inggeris ambilan Jun 2009 IPGM Kampus Keningau, tahniah kerana telah berjaya melaksanakan Interactive English Activity dengan baik sekali. Semoga pengalaman menganjurkan aktiviti sebegini menjadi pengetahuan apabila menjadi 'guru sebenar' kelak. Selamat menjalani praktikum awal tahun hadapan, dan kepada dua orang pelatih yang akan menjalani praktikum di sekolah ini (Ahmad Bin Aman dan Royzad Bin Hadrah), 'WELCOME IN ADVANCE' kami ucapkan dan semoga dapat menjalani praktikal dengan jayanya.
'New Found Friend'

Entah apalah yang lucu sampai Belen pun tutup mulut sudah

Menunggu penerangan sebelum pembahagian kumpulan

Di kelas sempit, sambung di luarlah....

'Smile'.....


Kumpulan Hamster


Kumpulan Cheetah


Kumpulan Dragon

Sesi penerangan sebelum pembahagian kumpulan

'Musical Chairs'

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009