- Ahlan Wasahlan -

rss

Khamis, 29 April 2010

Majlis Pelancaran Program Kempen Galakan Membaca SKPK 2010

SKPK - 29/4/2010 : Majlis pelancaran Program Kempen Galakan Membaca peringkat Sek. Keb. Penagatan bagi tahun 2010 ini telah berjaya dilancarkan oleh Guru Besar SKPK sendiri iaitu En. Garipin Elid.

Sebelum itu, turut berucap ialah pengerusi Program iaitu Pn. Helina Lawerence (PK1). Dalam ucapan alu-aluan tersebut, beliau telah menyentuh sedikit tentang objektif, tempoh perlaksanaan dan sekaligus memberikan motivasi agar semua murid merebut peluang sebegini untuk mengikuti semua pengisian yang telah dirancang.

Menurutnya lagi, penyertaan pelajar bukan sekadar untuk mendapatkan hadiah bagi kategori yang dipertandingkan, tetapi yang lebih penting adalah pemupukan budaya membaca yang maksima. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 'The W Group" yang telah sudi memberikan sumbangan kewangan bagi melancarkan lagi perlaksanaan program ini.

Seterusnya, dalam ucapan pelancarannya pula, Guru Besar telah menegaskan tentang peri-pentingnya 'hobi' atau 'kesukaan' membaca ini dalam diri para pelajar. Budaya membaca yang sebati akan meransang minda pelajar untuk sentiasa peka dengan maklumat.

Selain itu, katanya, pelajar yang berilmu global akan sentiasa di hadapan berbanding pelajar lain yang malas untuk meneroka ruang ilmu yang luas. Budaya seronok membaca ini sekiranya dihayati akan membantu memudahkan pengurusan kelas, kerana para pelajar akan berlumba-lumba dengan cara yang sihat untuk menambahkan koleksi bacaan masing-masing.

Harapan beliau, semoga program ini dapat dijadikan medium pengayaan kemahiran oleh pelajar dan guru. Akhirnya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua penyumbang samada dalam bentuk sumbangan material, idea mahupun sumber tenaga.

En. Garipin Elid (GB) memberikan ucapan dalam majlis pelancaran tersebut....

Acara pemotongan reben - simbolik pelancaran program dengan disaksikan oleh PK 1...

Adik Mac Junior Marcellus menyampaikan sebuah sajak sempena majlis tersebut...

Murid-murid bersedia untuk melepaskan das reben...

Antara guru paling ceria dalam majlis tersebut....

En. Ranger Diris (Guru Pelatih IPGM - Kampus Keningau) selaku pengendali majlis... syabas!

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009