- Ahlan Wasahlan -

rss

Selasa, 24 Ogos 2010

Majlis Penerimaan Cek Bantuan Zakat

Assalamualaikum wtb..

23 Ogos - Nabawan : Satu majlis penyerahan cek bantuan zakat telah diadakan dalam majlis yang digelar Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 4 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj. Musa Aman bertempat di perkarangan Masjid Al-Hidayah Nabawan.

Sebagaimana dimaklumkan bahawa, majlis ini adalah program yang disusun khas sebagai salah satu langkah pihak Kerajaan Negeri untuk mendekati hati rakyat. Majlis ini diadakan mengikut zon yang telah ditetapkan, dan Nabawan telah dipilih sebagai pusat sambutan majlis di zon 4 yang meliputi UMNO Daerah Ranau, Daerah Keningau, Daerah Nabawan dan Daerah Tenom.

Dalam majlis tersebut, pihak KM telah menyempurnakan penyampaian pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat setempat melalui sumbangan daripada pihak Pusat Zakat Sabah, termasuklah bantuan berupa zakat kepada para pelajar faqir miskin melibatkan Sek. Menengah dan Sekolah Rendah.

Wakil pihak Sek. Keb. Penagatan iaitu Ustaz Saleh hudin telah menerima Cek bernilai RM10,000.00 daripada KM. Untuk lebih jelas, bahawa duit bantuan itu adalah untuk para pelajar kategori miskin / keluarga kurang berkemampuan di SKPK yang telah disenarai pendekkan iaitu seramai 100 orang murid.

Dengan sumbangan PZS ini, diharapkan mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan murid dalam menempuahi sesi persekolahan mereka, disamping menambahkan semarak sinar kegembiraan di hati mereka di hari lebaran Aidilfitri yang tidak lama lagi akan menjelang tiba.

Tahniah sekali lagi dari warga SKPK!

Ust Saleh hudin menerima replika cek RM10,000.00 daripada Ketua Menteri

Bersama replika cek yang diterima...


Cikgu Rosdi turut bergambar bersama cek yang diterima...

Pihak pentadbiran SKPK (En. Garipin Elid -GB & Pn. Helina Lawerence - PK1)...

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009