- Ahlan Wasahlan -

rss

Jumaat, 19 November 2010

Debaran Keputusan UPSR 2010

SKPK - 12 Nov 2010 (Jumaat) : Keputusan peperiksaan UPSR secara rasminya telah diumumkan pada 11 Nov 2010 (Khamis) kelmarin.

Debaran dihati semua guru SKPK, apatah lagi para pelajar yang telah menduduki sendiri peperiksaan tersebut pada bulan September yang lalu. Pelbagai bentuk perasaan dan teka-teki selama ini akhirnya terjawab sudah.

Secara keseluruhannya, SKPK telah mencatatkan kenaikan peratusan murid lulus sekurang-kurangnya gred 'C' dengan memperolehi 43% lulus, naik sebanyak 11% berbanding tahun 2009 yang lalu.

Yang lebih membanggakan, SKPK terus mengekalkan rekod pelajar memperolehi 5A sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Dimana Adik Evarincia Jaitin pelajar 6 Cerdik telah berjaya meletakkan dirinya di barisan senarai pelajar 5A seluruh negara. Manakala 3 orang pelajar pula memperolehi keputusan 4A iaitu Adik Hani Syahfieazah Mustakim [4A 1B], Adik Caroline Peter [4A 1B] dan Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C]. Selain itu, beberapa pelajar SKPK turut mencatatkan keputusan 3A dan 2A. Sementara beberapa orang murid pula mendapat sekurang-kurangnya 'C' dalam semua matapelajaran.

Secara umumnya, keputusan UPSR 2010 SKPK walaupun hanya sekadar mencatatkan peratusan sebanyak lebih kurang 43%, namun ia adalah suatu yang tidak dijangka berdasarkan latarbelakang prestasi calon-calon yang tidak konsisten sepanjang tahun. Tambahan pula, hampir 60% calon adalah keluaran program PROTIM dan berada pada tahap GALUS sahaja.

Sebagai komitmen kami di SKPK, tahun-tahun mendatang adalah cabaran tali-temali untuk terus mengupayakan dan mencetak keputusan peperiksaan UPSR serta melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dan berdaya saing di pelbagai bidang dan peringkat.

Syabas dan tahniah untuk semua pelajar UPSR SKPK 2010 atas prestasi terbaik yang adik-adik telah usahakan!!!

Dari kiri : Adik Caroline Peter [4A 1B], Adik Mitchel Ling Mei Sue [3A 2B], Adik Evarincia Jaitin [5A], Adik Nur Asliah Roslan [1A], Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C] & Adik Hani Syahfeazah Mustakim [4A 1B] - klik pada gambar untuk preview

Debaran terjawab sudah....

GOOD!!! Lulus juga akhirnya - 'pecah rekod' katanya....

1 ulasan:

zulkarnain berkata...

saya amat berbangga pernah menabur bakti d skolah ini.... meskipun hya sbg guru praktikal.... namun knangan bersama warga kerjanya... amat bharga.... smoga success selalu... tq all.....


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009