- Ahlan Wasahlan -

rss

Jumaat, 19 November 2010

Sekitar "Majlis 4 Dalam 1" SKPK

SKPK 11.Nov.2010 [Khamis] - Majlis yang digelar "MAJLIS 4 DALAM 1" telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini adalah gabungan beberapa pengisian utama iaitu:

1. Majlis Ucapan & Penyampaian Hadiah
2. Perasmian Penutupan Program Galakan Membaca & Penganugerahan PGM 2010
3. Program RIMUP Ibubapa
4. Perasmian 'Parking Serbaguna' SKPK Fasa 1

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil YB Datuk Ellron Angin, iaitu En. Charles Ikang - Pemaju Kemajuan Rakyat bagi N.37 Sook. Turut hadir sebagai jemputan khas ialah Pn. Beatty Leong (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau), En. Junggal Sidup (Pegawai BTP - PKG Keningau), wakil Pengarah IPGM Kampus Keningau, Ketua Platon RELA Caw. Kg. Penagatan Laut, En. Soumin Bador (Timb. YDP PIBG), wakil The W Group - Wong Kwok Housing dan beberapa wakil agensi lain yang turut diundang.

Pada majlis ini juga, beberapa pihak telah diberikan peluang memberikan ucapan alu-aluan; iaitu Guru Besar, Timb. YDP PIBG, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan termasuklah perasmi majlis iaitu PKR N.37 Sook mewakili YB Datuk Ellron sendiri.

Dalam ucapannya mewakili PPD, Pn. Beatty Leong menegaskan komitmen dan keyakinan dengan pelbagai kekuatan jentera pentadbirannya dan guru-guru yang komited, SKPK pasti akan kembali menjadi salah sebuah sekolah yang menyumbang catatan peratusan kelulusan peringkat UPSR yang tinggi sebagaimana yang pernah dicatatkan pada tahun-tahun sebelum ini. Penolong Pegawai Pelajaran turut memberikan suntikan motivasi kepada semua murid dengan ucapan yang segar dan penuh bersemangat. Katanya, setiap murid memiliki potensi masing-masing, tinggal lagi bagaimana menggilap dan menjadikannya lebih terserlah.

Sementera itu, wakil YB selaku perasmi pula dalam ucapannya menyatakan bahawa, pihak YB Datuk dan pimpinan beberapa waktu yang lalu telah berjaya melakukan satu sesi kajiselidik mengesan aduan masyarakat dari sudut kemudahan pendidikan. Menurut beliau lagi, dengan kajiselidik itu mereka akan jadikan ia sebagai platform tindak susul seterusnya. Dalam ucapannya juga, beliau turut menegaskan peranan ibubapa dalam mendorong anak-anak belajar semasa dirumah.

Menyentuh tentang PGM pula yang telah dilaksanakan dari Januari hingga November, 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai Pembaca Tahap Gemilang, iaitu Adik Siti Nursyahirah Nasarudin - kategori Tahap 1 dengan jumlah bacaan sebanyak 231 buah buku, manakala, bagi kategori Tahap 2 pula dinobatkan kepada Adik Mohd Ismat Afif Mohd Zali - dengan jumlah bacaan sebanyak 140 buah buku. Dengan ini, mereka berdua sekaligus membolot hadiah berupa sebuah Basikal BMX - yang telah ditaja oleh Syarikat Wong Kwok Housing, sijil dan hadiah.

Berikut adalah gambar-gambar suasana yang meriah sepanjang majlis dilangsungkan...

Antara simbolik perasmian - para jemputan memukul gong

Persembahan bercerita dari Adik CT Nursyahirah

Pembaca Tahap Gemilang - Program Galakan Membaca 2010

Adik Mohd Ismat Afif - menerima hadiah basikal BMX dari En. Junggal Sidup (Pegawai BTP PKG Keningau)

Persembahan silat pelajar SMK - 'Gabungan Pencak Silat Tanding'

4 orang sumandak - penari sumazau mix

Persembahan silat kanak-kanak 'Gabungan Pencak Silat Tanding'...

Hadiah-hadiah para pemenang....

Gandingan juruacara majlis - Ustaz Saleh & Cikgu Moh Zali

Dari kiri - En. Lahamin (Pengerusi JKKK Kg. Penagatan Laut, En. Samin - RELA Caw. Kg. Penagatan Laut, En. Junggal Sidup (Pegawai BTP PKG Keningau), En. Soumin @ Taupin Bador (Timb. YDP PIBG), En. Charles Ikang - Perasmi (PKR N.37 Sook) & Pn. Beatty Leong (Penolong PPD Keningau)

Pn. Beatty Leong - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau

En. Charles Ikang - PKR N.37 Sook - pegawai perasmi

En. Soumin @ Taupin Bador - Timb. YDP PIBG SKPK

En. Garipin Elid - Guru Besar SKPK

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009