- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Ahad, 26 Julai 2009

Catatan Mingguan : Hari Guru SKPK, Post Mortem G52 dll...

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU (20hb-24hb Julai 2009)
------------------------------------------------------------------------------

Sambutan Hari Guru SKPK '09
------------------------------------

Tarikh : 21hb Julai 2009 (Selasa)
Masa : 7.30am -3.00pm
Tempat : SKPK

Senamrobik Guru-guru dan seluruh warga SKPK dikendalikan oleh En. Marcellus Kandu & dibantu oleh ahli-ahli pengakap SKPK... Ala-ala kung fu hehe...

Steady guru-guru...

Acara boling padang (dengan menggunakan buah kelapa... hahah...) Pn. Masrinah ter-miss... buah melantun. Bukan guling bantal maaa....

Wah! ni apa pulak ni? Pertandingan pakaian beragam baitu... ntah macam apeee je...

GB menyampaikan cenderakenangan buat Pn. Christy F. Evit yang telah berpindah ke SK. Patikang Laut.. 8 tahun berkhidmat di SKPK, pelbagai rasa sudah dialami... apa pun TQ atas khidmat selama ini... selamat Hari Guru!

*************************************************************************************

POST-MORTEM Projek G52 6SR Fasa 1 Peringkat Zon Pegalan
-----------------------------------------------------------------------

Tarikh : 22hb Julai 2009 (Rabu)
Masa : 9.00am
Tempat : Bilik Gerakan SMK Keningau

PK 1 SKPK (baju coklet) selaku penyelaras program G52 6SR Fasa 1 ZP sedang berbincang sesuatu dengan Guru Besar dari SK Ansip, En. Sarimin...

Antara ahli-ahli mesyuarat post-mortem yang hadir terdiri daripada GB2 6 sekolah yang terlibat & beberapa guru biasa yang lain...

Catatan : Pelbagai respon yang positif diperolehi daripada post-mortem ini. SWOT telah dikenalpasti sebagai tindakan lanjut & ahli-ahli mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan program susulan (fasa 2) dalam masa terdekat sebagai 'pecutan akhir' sebelum UPSR menjelang....


*************************************************************************************

Pengagihan Duit Bantuan KWAPM SKPK

-----------------------------------------------

Tarikh : 24 hb Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 1.30pm
Tempat : Dewan Serbaguna SKPK

Antara ibubapa yang berjaya hadir ke majlis penyerahan duit bantuan KWAPM kepada anak masing-masing yang layak & terpilih...

GB berucap semasa majlis penyerahan duit KWAPM : "Kami mengharapkan semoga dengan adanya bantuan KWAPM ini, anak-anak murid di sekolah ini akan lebih bersemangat untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Disamping itu, ibubapa juga kami harapkan dapat mengatur dengan sebaiknya penggunaan kewangan yang diperolehi untuk kemajuan anak masing-masing....."

Para ibubapa yang hadir kelihatan ceria dan gembira... maklumlah nak terima duit... Tapi INGAT... 'untuk anak-anak belajar'.


*************************************************************************************

KEM LITERASI AL-QURAN (KLAQ)
------------------------------------------

Tarikh : 25hb Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30am - 12.30tgh
Tempat : SKPK
Bilangan pelajar terlibat : 31/38 orang murid
Sasaran : Pelajar tahun 2-4 yang belum melepasi penguasaan Kemahiran Iqra'
Anjuran : j-QAF SKPK

Adik Mohd. Arif Fetry - antara pelajar yang terlibat dalam program KLAQ.
Semoga semua peserta mendapat lebih pendedahan & pengayaan kemahiran dalam kem intensif seumpama ini...

Sebahagian 31 orang murid yang terlibat... nampaknya mereka sungguh bersemangat walaupun kem diadakan pada hari cuti persekolahan biasa..

Para peserta bersalaman dengan para fasilitator yang terlibat mengendalikan program. Para peserta turut diberikan 'mini hamper' sebagai saguhati. Menu tengahari - nasi lemak & air mineral.

*************************************************************************************

SLIDESHOW AKTIVITI SEPANJANG MINGGU:


Ahad, 12 Julai 2009

Public Speaking District Level

Activity: Public Speaking District Level
Date: 24th June 2009
Place: SK. Bulu Silou Keningau
Representatives: Intan Liyana Samuin & Loreeta Jenise
Teachers-In-Charge: Ms. June Violet Gabrine & Mdm. Christy F. Evit











By: Ms. JVye
More Pictures...click JUNE V

11 'Hadiah Rakyat'

Berita Utama Utusan On-line

12 Julai 2009 / 19 Rejab 1430 (Ahad)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

11 ‘hadiah rakyat’

NAJIB Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai pada majlis 100 Hari Perdana Menteri Bersama Rakyat manakala gambar kanan Perdana Menteri semasa berucap pada majlis itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

"Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"

"Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin"

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Rabu, 8 Julai 2009

Mesyuarat Penyelarasan Carta PSBC

Mesyuarat Penyelarasan Carta Pergerakan Prestasi Murid
"Saya Boleh Cemerlang"

Tarikh : 08 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 10.15am
Tempat : Pusat Sumber SKPK

Kehadiran :
1. Pn. Helina Lawerence (PK1 - Penyelaras)
2. Pn. Mariah Gudiman
3. Pn. Jerama AK Reban
4. Pn. Noratiqah Abdullah
5. Ustaz Saleh hudin Rusinin
6. Pelatih-pelatih LM KPLI IPGM Kampus Keningau

____________________________________________________________________________________

Perbincangan :

1. Taklimat matlamat, objektif, tujuan, sasaran & tempoh perlaksanaan.
2. Pembentukan AJK Pelaksana
3. Instrumen Projek SBC

____________________________________________________________________________________

RINGKASAN PROGRAM

01. Matlamat:
- Membantu memperbaiki prestasi UPSR bagi tahun 2009 dari segi kuantiti & kualiti.
- Pemangkin kepada visi & misi SKPK

02. Objektif :
- Menjana motivasi & penghargaan diri murid
- Menanam sikap bersungguh-sungguh
- Mencetuskan semangat berusaha (pengekalan prestasi & hadiah galakan)
- Mencapai bilangan lulus murid >50% separuh
- Mencapai 5A - >3 orang

03. Tujuan - memperbaiki prestasi akademik individu / usaha pecutan

04. Sasaran - semua murid tahun 6

05. Tempoh perlaksanaan - Julai & Ogos 2009

06. AJK BERTINDAK:

Pengerusi : GB
Penyelaras : PK1
S/U 1 : SUP UPSR
S/U 2 : Usr
Bendahari : Pn. Noratiqah Abdullah

AJK :
- Guru Kelas Tahun 6B / 6C
- Guru Matapelajaran Teras tahun 6

Panel Penilai : Semua guru kelas / Guru MPT / PK1 & GB

Pembantu : Pelatih-pelatih LM KPLI IPGM K'gau

07. Instrumen Projek SBC :
- Carta Projek SBC Mingguan & gambar pasport 5 kpg
- Rekod analisis Keputusan Mingguan PSBC & HC OTI Tahunan
- Rekod graf pencapaian individu
- Rekod penerima hadiah mingguan








S/U 2 PSBC - usr 2234pm - 080709 _________________________________________________________

Album bersama penerima sijil & hadiah...


_________________________________________________












__________________________________________________

Program Khatam AQ (Minggu ke-23)

Alhamdulillah.

Murid-murid yang terlibat dengan program j-QAF semakin menunjukkan perkembangan yang baik dan memberangsangkan. Penguasaan mereka dalam semua aspek / modul di bawah program j-QAF sungguhpun masih terlalu awal untuk diperkatakan, tetapi kita semua perlu optimis untuk melihat prestasi mereka semua dengan semangat yang positif dan seimbang.

Tanpa sokongan daripada semua pihak, samada pihak pentadbiran SKPK, PIBG mahupun ibubapa/penjaga secara keseluruhan, program j-QAF sebagai projek kerajaan akan sukar dilaksanakan. Kita perlu melihat semua program pendidikan secara seimbang & bersama-sama mendokong serta menyokongnya untuk melihat hasil yang lebih menyeluruh & universal.

*** *** ***
Senarai nama murid j-QAF SKPK semester pertama 2009 (Tahap Al-Quran) :

1. Syahzlyen Mustakim (Khatam)
2. Nurul Aisyah Zulkiflie
3. Nur Anis Suraya Diekin
4. Arbie Md Khairil
5. Fatin Ida Syakierah Masiun
6. Aezey Md Bidry
7. Nurhijrahtul Aqilah Morinnus
8. Wilma Izasza Jasim
9. Mohd Fathul Azam Sapirin
10. Mohd Ismat Afif Md Zali
11. Yahya Rahman

*** *** ***
Sebahagian gambar penerima hadiah galakan program j-QAF:










@@@@ - - - - - - - - - @@@@
 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009