- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Khamis, 1 Oktober 2009

RIMUP SKPK 2009: Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri & Hari Keluarga SKPK

Assalamualaikum wtb...
Salam ceria & salam damai untuk semua... Salam 1Malaysia!

Dekorasi pentas utama Program RIMUP SKPK '09 - tahniah kepada Cikgu Yati & krew-krewnya!

Program RIMUP peringkat SK. Penagatan, Keningau selesai dengan baik dan sempurna pada hari ini. Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan program RIMUP yang telah dilaksanakan diperingkat SKPK:

TEMA : Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri & Hari Keluarga SKPK

Tarikh dilaksanakan : 30hb Sept 2009 (Rabu) & 01hb Okt 2009 (Khamis)

Pegawai Perasmi : En. Jerome Jolly (Wakil PPD)

Sasaran :
1. Semua pelajar SKPK
2. Warga guru & KTBM SKPK
3. Penduduk setempat - Kg. Penagatan Laut, Kg. Penagatan Ulu, Kg. Bomboi & Kg. Kindasan

Pengisian Program RIMUP SKPK 2009 :

A. Program padu anak Malaysia - Pertandingan & aktiviti sukan rakyat
B. Ramah mesra Hari Raya & Hari Keluarga SKPK

Pelbagai pengisian pertandingan & aktiviti sukan Rakyat yang telah dilangsungkan antaranya ialah seperti pertandingan Batu Seremban, Lari Dalam Guni dan Rampanau bagi kategori kanak-kanak. Manakala bagi kategori dewasa ialah seperti pertandingan Mengupas Pinang Pantas, Menganyam Ketupat, Rampanau, Selipar Tempurung dan Perahu Darat.

Turut diselitkan berselang-seli dengan pelbagai acara itu ialah nyanyian karaoke sebagai salingan.

Dalam program ini juga, penduduk setempat turut mengambil peluang menjual pelbagai makanan dan minuman ringan khususnya bagi para kanak-kanak dan perserta yang tentunya inginkan pembasah tekak setelah penat mengikuti pelbagai program yang dianjurkan, tambahan pula mentari yang sedikit membahang.

Selain itu, dalam program ini juga penganjur turut meraikan para pelatih LM dari IPGM Kampus Keningau yang telah ber-LM di SKPK selama lebih kurang 3 bulan.

***
Gambar sana-sini RIMUP '09 (Hari Pertama) :

Antara gerai-gerai jualan... boleh pilih-pilih...

Silakan membeli-belah... murah-murah aje..

Main Batu Seremban... ahaaa siapa duluan sampai 30.. mau first to 100 bah lagi seru he3x

Bah apa ni? Haha inilah mainan Rampanau... kemiho ko? Au? Galah Panjang bah...
Steady ko cikgu Dom he3x...

Apa cheghito? Haa mesti pertama kali ni... Jaga-jaga ko cikgu SKS.. nanti.. nanti hehehe maa - maksudku jan jatuh bah (kada' koti kodungur maa... malu sama budak..)

Ini baaaru laah... Ngam ko panjang galah pun panjang... macam hantu panjang (jgn marah main2 jeee...) - jaguh ni. ko jangan...

Pertandingan Menganyam Ketupat -
Hai cikgu Jem... si Jenise tu tau kee menganyam ka apa tu?
Ooo... tau-tau kehkeh

Pertandingan Mengupas Pinang -
Jangan terkupas jari udah leee... hehe teror bah gia dorang tu.. apa lagi kuat moginggat (maksudnya - makan sirih pinang bah)..

Siaan gia sumandak tii... mentari memanas, panas juga hatinya... hehe masih cool walaupun kepanasan... biaaasa beh kaka.. (cikgu June - biru / cikgu Har @ ati - belang-belang mcm ku... belang heh3x ---> nda blh marah...)

Pertandingan perahu darat -
Jangan osuhak sudah... hati-hati bah! Ni bukan di laut tapi di darat...

***

Gambar sana-sini RIMUP '09 (Hari Kedua)

GB SKPK (Pengerusi RIMUP '09) - Ucapan alu-aluan...

Pegawai Perasmi - En. Jerome Jolly (Wakil PPD Keningau)
- TERIMA KASIH DAUN KELADI.. KALAU SUDI DATANG LAGI

Pegawai Perasmi menerima cenderakenangan SKPK dari GB...

Ramai jugak? Boleh laaa...

Jangan lupa orang kuat dapur... banyak pahala bah ujah Piah... ok aja

Suara bak buluh perindu... cikgu Zul dengan gaya tersendiri...

Apa tu? Aikkk... nda pa boleh bah kalau kau... hehe3x

Lagu 'Generasiku' - disampaikan oleh cikgu Rudy Kilip (KPLI - ROS) dari bomboi... rock tapi berunsur motivasi.. tahniah...

Ahhaaa.. turut menyumbangkan suara... masih boleh bah...

Para penonton / ibubapa yang hadir rasa teruja dengan pelbagai pengisian... banyak aksi.. banyak ragam.. yang penting oke2x saja...

***

Semoga program RIMUP ini akan terus menjadi wadah untuk mengintegrasikan perpaduan antara kaum, khususnya murid-murid sekolah dengan orientasi kebangsaan yang satu.

Sesungguhnya, masih terlalu banyak kekurangan disepanjang program ini dilaksanakan. Teguran, sumbangsaran, buah fikiran, idea bernas dan tenaga masih sentiasa diperlukan untuk kita membuat penambahbaikan bersama.

Salam 1MALAYSIA.


usr - Penyelaras RIMUP '09



 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009