Assalamualaikum wtb...
Salam ceria & salam damai untuk semua... Salam 1Malaysia!
Program RIMUP peringkat SK. Penagatan, Keningau selesai dengan baik dan sempurna pada hari ini. Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan program RIMUP yang telah dilaksanakan diperingkat SKPK:TEMA : Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri & Hari Keluarga SKPK
Tarikh dilaksanakan : 30hb Sept 2009 (Rabu) & 01hb Okt 2009 (Khamis)
Pegawai Perasmi : En. Jerome Jolly (Wakil PPD)
Sasaran :
1. Semua pelajar SKPK
2. Warga guru & KTBM SKPK
3. Penduduk setempat - Kg. Penagatan Laut, Kg. Penagatan Ulu, Kg. Bomboi & Kg. Kindasan
Pengisian Program RIMUP SKPK 2009 :
A. Program padu anak Malaysia - Pertandingan & aktiviti sukan rakyat
B. Ramah mesra Hari Raya & Hari Keluarga SKPK
Pelbagai pengisian pertandingan & aktiviti sukan Rakyat yang telah dilangsungkan antaranya ialah seperti pertandingan Batu Seremban, Lari Dalam Guni dan Rampanau bagi kategori kanak-kanak. Manakala bagi kategori dewasa ialah seperti pertandingan Mengupas Pinang Pantas, Menganyam Ketupat, Rampanau, Selipar Tempurung dan Perahu Darat.
Turut diselitkan berselang-seli dengan pelbagai acara itu ialah nyanyian karaoke sebagai salingan.
Dalam program ini juga, penduduk setempat turut mengambil peluang menjual pelbagai makanan dan minuman ringan khususnya bagi para kanak-kanak dan perserta yang tentunya inginkan pembasah tekak setelah penat mengikuti pelbagai program yang dianjurkan, tambahan pula mentari yang sedikit membahang.
Selain itu, dalam program ini juga penganjur turut meraikan para pelatih LM dari IPGM Kampus Keningau yang telah ber-LM di SKPK selama lebih kurang 3 bulan.
***
Gambar sana-sini RIMUP '09 (Hari Pertama) :
Steady ko cikgu Dom he3x...



Hai cikgu Jem... si Jenise tu tau kee menganyam ka apa tu?
Ooo... tau-tau kehkeh

Jangan terkupas jari udah leee... hehe teror bah gia dorang tu.. apa lagi kuat moginggat (maksudnya - makan sirih pinang bah)..

***
Gambar sana-sini RIMUP '09 (Hari Kedua)

- TERIMA KASIH DAUN KELADI.. KALAU SUDI DATANG LAGI


***
Semoga program RIMUP ini akan terus menjadi wadah untuk mengintegrasikan perpaduan antara kaum, khususnya murid-murid sekolah dengan orientasi kebangsaan yang satu.
Sesungguhnya, masih terlalu banyak kekurangan disepanjang program ini dilaksanakan. Teguran, sumbangsaran, buah fikiran, idea bernas dan tenaga masih sentiasa diperlukan untuk kita membuat penambahbaikan bersama.
Salam 1MALAYSIA.
usr - Penyelaras RIMUP '09