- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Sabtu, 28 November 2009

Interactive English Activity

Tarikh: 13 November 2009

Tempat: SK. Penagatan

Anjuran: Pelatih KPLI Pengajian Inggeris, Ambilan June IPGM Kampus Keningau (Sempena dengan Program 'Teaching School').

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelatih-pelatih KPLI Pengajian Inggeris ambilan June 2009 daripada IPGM Kampus Keningau yang telah menjayakan 'Interactive English Activity' di Sk. Penagatan baru-baru ini. Walaupun mereka datang di saat sekolah turut mengadakan satu lagi majlis (majlis Penutupan Galakan Membaca PSS 1 Malaysia), namun semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kesemua pelatih sangatlah dihargai.

Aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Program 'Teaching School' itu diadakan khusus untuk murid-murid sasaran iaitu murid daripada kelas 4 Bijak yang menjadi 'anak angkat' dalam program tersebut.

Para pelatih yang datang lebih kurang jam 8.30 pagi telah dibawa ke kelas Tahun 4 Bijak di mana 16 orang murid telah menunggu dengan 'excited'. Aktiviti dimulakan dengan set induksi ataupun 'warm-up' yang menarik iaitu menyanyikan lagu 'My New Found Friend' yang diiringi dengan 'action'. Memandangkan ruang yang sempit, aktiviti diteruskan di luar kelas iaitu di kawasan tapak perhimpunan. Murid-murid semuanya gembira menyanyi sambil menggayakan lagu tersebut.

Seterusnya ialah aktiviti permainan mini iaitu 'Musical Chairs'. Muzik akan dimainkan dan murid-murid akan bergerak mengelilingi kerusi yang jumlahnya kurang 1 daripada jumlah murid. Apabila muzik dimatikan, semua murid akan berlumba untuk duduk di atas kerusi. Murid yang gagal mendapat tempat duduk dikira kalah dan terkeluar daripada permainan. Permainan diteruskan sehinggalah tinggal dua orang sahaja murid iaitu adik Belen Shad dan adik Anastasia Anthony yang di mana akhirnya dimenangi oleh adik Anastasia.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti 'Mini Explorace' di mana murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan mereka telah memilih nama-nama seperti 'Dragon', 'Cheetah' dan 'Hamster' sebagai nama kumpulan. Dalam aktiviti ini, terdapat beberapa checkpoint yang harus dilawat oleh setiap kumpulan, di mana di setiap checkpoint tersebut mereka akan diuji dengan beberapa soalan. Antara checkpoint tersebut termasuklah Checkpoint Grammar, Checkpoint Communication, Checkpoint General Knowledge dan Checkpoint Spelling.

Aktiviti terakhir sekali ataupun 'closure' merupakan sesi nyanyian sekali lagi di mana para pelatih telah menyanyi bersama-sama dengan murid-murid beberapa buah 'action songs' seperti 'Six Little Ducks' dan 'The More We Get Together'.

Seterusnya ialah majlis penutupan dimulakan dengan ucapan ringkas Penolong Kanan Pentadbiran Sk. Penagatan, Puan Hilina Lawrence yang mewakili guru besar dan diikuti dengan upacara penyampaian hadiah aktiviti 'Mini Explorace' yang disampaikan oleh En. Mathius Manang wakil Pegawai Pelajaran Daerah yang kebetulan hadir untuk merasmikan majlis penutupan Program Galakan Membaca PSS 1 Malaysia Sk. Penagatan. Hadiah-hadiah berupa alat tulis dan buku cerita juga hamper makanan ringan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Dragon (Johan), Hamster (Naib Johan) dan Cheetah (Ketiga).

Sebelum berangkat pulang, para pelatih telah mengambil gambar kenangan bersama murid-murid, En. Chantirasekar (penyelaras program Teaching School IPGM Kampus Keningau), En. Mathius Manang (wakil PPD), Puan Hilina Lawrence (PK1), dan beberapa orang guru SK. Penagatan.

Kepada para pelatih KPLI Pengajian Inggeris ambilan Jun 2009 IPGM Kampus Keningau, tahniah kerana telah berjaya melaksanakan Interactive English Activity dengan baik sekali. Semoga pengalaman menganjurkan aktiviti sebegini menjadi pengetahuan apabila menjadi 'guru sebenar' kelak. Selamat menjalani praktikum awal tahun hadapan, dan kepada dua orang pelatih yang akan menjalani praktikum di sekolah ini (Ahmad Bin Aman dan Royzad Bin Hadrah), 'WELCOME IN ADVANCE' kami ucapkan dan semoga dapat menjalani praktikal dengan jayanya.
'New Found Friend'

Entah apalah yang lucu sampai Belen pun tutup mulut sudah

Menunggu penerangan sebelum pembahagian kumpulan

Di kelas sempit, sambung di luarlah....

'Smile'.....


Kumpulan Hamster


Kumpulan Cheetah


Kumpulan Dragon

Sesi penerangan sebelum pembahagian kumpulan

'Musical Chairs'

Rabu, 11 November 2009

Perkemahan 1Malaysia...

Assalaamualaikum wtb... Salam 1Malaysia...

Program Kem 1Malaysia merupakan satu program perkhemahan yang melibatkan murid-murid dari pelbagai kaum, bangsa dan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu, beberapa siri program Kem 1Malaysia telah dilaksanakan dengan serentak diseluruh negara amnya dan di Peringkat Negeri Sabah khususnya.

Pada 05-08hb November 2009 yang lalu, seramai 12 orang pelajar yang terpilih dari SK. Penagatan telah menyertai buat pertama kalinya. Dalam program Kem 1Malaysia ini, pelajar yang terlibat adalah dianggarkan lebih daripada 600 orang pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang daerah dan lingkungan pembelajaran.

Selama 4 hari 3 malam program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah pelajar-pelajar ini ikuti seperti pelbagai jenis permainan rakyat dan sukan rakyat, acara persembahan malam kebudayaan dan lain-lain lagi.

Untuk mendekatkan lagi murid-murid dengan budaya makanan Malaysia, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai masakan Malaysia seperti roti canai, pelbagai jenis minuman berdasarkan ras utama di Malaysia.

Di sini pelajar berpeluang mengalami sendiri bagaimana sesuatu masakan itu dibuat dan berpeluang merasa hasil masakan mereka sendiri sendiri. Selain daripada mengenali masakan pelbagai etnik di Malaysia, murid-murid juga didedahkan dengan asas tarian pelbagai bangsa.

Program-program lawatan ke Zoo Negara Lok Kawi diadakan seiring dengan Tema 1Malaysia. Pelajar juga dibawa melawat ke Muzium Negeri Sabah dan pelbagai tempat lain yang bersejarah dan menarik.

Keseluruhannya, matlamat program untuk menyediakan murid-murid ke arah 1Malaysia perlu diteruskan dengan lebih agresif supaya matlamat untuk berkongsi dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan boleh diterapkan dengan lebih sempurna.

Adik Fitri khusyuk menulis nota...
Para peserta mendengar taklimat daripada pengendali program...

Acara sukaneka yang sangat menyeronokkan...
Para peserta program Kem 1Malaysia memenuhi ruangan dalam dewan...
"Para peserta mesti ambil benda tergantung di atas tu... haaa tu!" - agaknya laa kan...
Putri-putri SKPK berpose diluar khemah... seronokkah kena gigit nyamuk? Ahaa macam tak biasa...
Cikgu June Violet Gabrine yang ceria & cool - Pengiring peserta dari SKPK... Syukur anak-anak selamat pergi dan kembali...

KEM 1MALAYSIA SLIDESHOW...


Selasa, 10 November 2009

MSS SKPK KALI KE-5

Majlis Sukan Sekolah peringkat SKPK kali ke-5 telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. MSS SKPK ini dijalankan lebih awal sebagai langkah memilih peserta atau wakil yang akan menerajui SKPK dalam pertandingan MSS Zon Pegalan yang dijangka akan berlangsung pada 04-05hb Februari 2010.

Berikut adalah sedikit perincian keputusan MSS SKPK kali ke-5:

Tarikh : 05-06hb Nov. 2009 (Khamis / Jumaat)

Kedudukan :

- Johan - Rumah Kuning (Seladang) - 11 (Emas), 12 (Perak), 5 (Gangsa)
- Naib Johan - Rumah Biru (Singa) - 7 (Emas), 6 (Perak), 6 (Gangsa)
- Ketiga - Rumah Hijau (Gajah) - 5 (Emas), 6 (Perak), 7 (Gangsa)
- Keempat - Rumah Merah (Helang) - 5 (Emas), 4 (Perak), 10 (Gangsa)


Olahragawan : Adik Harsaiful Derin (2 Emas - individu, 2 Emas - kumpulan)

Olahragawati : Adik Nurul Aisyah Zulkiflie (2 Emas - individu, 2 Emas - kumpulan)

Perasmi : En. Nasip Dipal (Guru Besar SKPK)

USR - juruacara sukan MSS SKPK ke-5 bersama dengan Pn. Maria Gudiman...

Adik Nurul Aisyah Zulkiflie & Adik Harsaiful Derin - olahragawan/wati yang terpilih...

Olahragawan/wati menerima sijil dan piala daripada GB..

Ceria selepas berjaya melaksanakan MSS SKPK - mendapat hamper pertandingan acara terbuka guru & ibubapa...

Acara terakhir - acara 4X50M terbuka lelaki...

Jaguh rumah kuning...

Acara 4x50M tahap 1 - tahun 1..

Acara 100M - perempuan tahap 2...

Acara menarik 4x100M - Lelaki tahap 2...

Acara 100M - Saringan tahap 2...
-- Majulah Sukan Untuk Negara --

Khamis, 5 November 2009

SKPK Menyertai Pertandingan Esei 1Malaysia..

Pengawas yang terlibat sedang menyampaikan taklimat sebelum pertandingan dimulakan.

Cikgu Mohd Zali Ayub (GPM SKPK) bergambar kenangan dengan mantan GB SKPK - Pn. Hjh Joana Guyock (GB. SK. Meninipir)

Sesi pendaftaran peserta..

Sebahagian peserta yang mewakili sekolah masing-masing..

Adik Norhaziemah Bte Mohd. Zali - peserta tunggal dari SKPK

Sedikit perincian mengenai Pertandingan ini:

Tarikh : 4hb Nov. 2009 (Rabu)
Tempat : SK. Pekan Keningau II, Keningau
Penyertaan : Seramai 72 orang murid - mewakili sekolah masing-masing..

Pertandingan penulisan esei 1Malaysia adalah salah satu komponen di dalam program pendidikan 1Malaysia yang baru sahaja diwara-warakan. Manakala diperingkat PPD Keningau, ini adalah program yang julung-julung kalinya diadakan. Antara lain syarat penulisan esei dalam program ini ialah, penulisan mesti berunsurkan tema 1Malaysia - pendidikan, perpaduan, kemasyarakatan, patriotik dan sebagainya.

Bertepatan dengan gagasan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, bahawa gagasan 1Malaysia dimanifestasikan sedemikian rupa berdasarkan tuntutan teraju pemikiran untuk memacu perkembangan yang progresif bagi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Imbang Penuh
Oleh kerana itu, slogan 1Malaysia beliau - "Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan" - maka program seumpama ini amat bertepatan dengan perlaksanaannya di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana, sekolah adalah medan utama dimana pembentukan 'jiwa rakyat' yang perkasa dapat dimanifestasikan sejak awal.

Selain itu, sekolah adalah tapak permulaan bagi menyemai pemahaman tamaddun yang murni dikalangan para pelajar. Dengan tuntutan asas ini dan selaras dengan gagasan fikiran murni PM, maka seharusnya kita semua berfikiran positif, dan seterusnya bergandingan tangan untuk menterjemahkan dalam dunia pendidikan ini khususnya.

[Gambar Ihsan - Cikgu Mohd Zali Ayub GPMS SKPK)

Selasa, 3 November 2009

Perkemahan 1Malaysia Di Daerah Tamparuli

Salam 1Malaysia...

Pelajar lelaki: Jeven, Belly, Kasman, Syafiq Imran, Fitri.
Pelajar perempuan: Syahira, Suraya, Suazwani, Hanis dan Intan Liyana.
Guru pengiring: Cik June Violet Gabrine.


Gambar di atas ini adalah pelajar SKPK seramai 12 orang bersama dengan guru pengiring yang akan menyertai Program Perkemahan 1Malaysia yang akan diadakan di Daerah Tamparuli, Sabah.

Semoga adik-adik ini memperolehi pengalaman, pengetahuan, ilmu dan menambahluaskan lagi pandangan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan warna-warni.

See U at the Top...
 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009