Tempat : Sk. Penagatan
Minggu kedua cuti persekolahan, Panitia PJK SK. Penagatan telah mengadakan gotong-royong membersihkan dan mengemaskan stor PJK. Guru yang hadir ialah Cikgu Marcellus Kandu dan Cikgu June Violet dibantu oleh bekas-bekas pelajar tahun 6 2009 iaitu adik Intan Liyana Samuin, Hanis Syahfika Mustakim, Nazwan Daniel Samin dan Mohd Zulhamzi Jainin.
Bermula dengan proses mengangkat dan mengeluarkan peralatan PJK, menyapu dan membersihkan habuk-habuk sehinggalah proses melabel, semuanya dilakukan secara bergotong royong.
Walaupun penat mengeluarkan peralatan PJK yang besar dan berat seterusnya menyapu dan membersihkan habuk-habuk yang terkumpul selama setahun dan akhirnya memasukkan dan mengatur semula peralatan dengan kemas namun semuanya dapat diselesaikan akhirnya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada 4 orang bekas murid tahun 6 2009 yang telah membantu untuk mengemaskan stor PJK SK. Penagatan. Walaupun sudah tidak lagi bergelar murid Sk. Penagatan secara rasmi, namun masih sudi untuk menyumbangkan tenaga di sekolah ini. Semoga kalian akan terus sukses selepas ini dan teruskan sikap yang murni ini.
Tahniah juga kepada Panitia PJK kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan stor. Diharap selepas ini, semua guru dan murid dapat mematuhi peraturan yang telah disediakan dan bekerjasama untuk menjaga kekemasan dan kebersihan stor PJK demi kemudahan dan keselesaan bersama (penat bah kasi kemas stor ni... ;p).
Wahh...Cikgu Marcellus menyapu
Ni waktu proses mengeluarkan peralatan.
Banyak betul barang-barang
Sempat pose lagi Hanis dan Intan ni...
Angkat jangan tak angkat.....Nazwan dan Zulhamzi
AWAS kepala tu....entah berapa ramai yang sudah jadi mangsa alang kayu tu....
Penat mengemas stor......'game time' pula...
Gambar sebelum dilabel
Rak penyimpanan peralatan
pandangan dari luar bilik stor
Peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.
Siapa yang melanggar peraturan kena denda...
Pandangan dari luar selepas dilabel.
Kemas dan bersih.
Senang dan selesa untuk mengambil peralatan.
Gelung Rotan