- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Jumaat, 19 November 2010

NILAM Peringkat Daerah - satu Kejutan....

Adik CT bersama umminya - Pn. Siti Kaidah Sakimin

SKPK - 16 Nov 2010 (Selasa) : Majlis Perasmian Penutupan Program Galakan Membaca (PGM) & Program Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Keningau telah diadakan bertempat di Dewan SMK Keningau II, dengan perasmian majlis disempurnakan sendiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau - iaitu En. Raisin Saidin.

Dalam majlis tersebut, sekali lagi Adik Siti Nursyahirah Nasarudin - pelajar SKPK yang telah dinobatkan sebagai Pembaca Tahap Gemilang peringkat PGM SKPK telah dimahsyurkan pula sebagai penerima hadiah Pelajar Terbaik NILAM Peringkat Daerah bagi kategori sekolah rendah. Difahamkan bahawa, nama pelajar ini telah dicalonkan secara 'terus' oleh Pegawai BTP bagi kategori SR setelah berjaya melakukan catatan jumlah bacaan buku NILAM tahap Perak.

Dengan pengiktirafan ini, melayakkan adik CT mendapat hadiah berupa trofi, sijil & hadiah - kamus.

Selain itu, Adik Nurhazimah Mohd Zali (alumni SKPK 2009 - kini menuntut di SMKA Mohammad Ali, Ranau) pula turut dianugerahkan sijil penghargaan sebagai penulis terbaik esei bertemakan Kem Membaca 1 Malaysia bagi kategori SR yang telah dipertandingkan pada sesi 2009 yang lalu.

Tahniah kepada adik-adik yang telah mengharumkan nama SKPK diperingkat daerah.... Syabas!!!

Adik CT bersama guru kelas 3B - Pn. Haryati Suhaili

Adik CT bersama PK1 - Pn. Helina Lawrence

Adik CT menerima tropi daripada PPD Keningau

Dari kiri : Adik Nurhazimah Mohd Zali. Adik CT Nursyahirah & En. Mohd Zali Ayub - GPM SKPK

Adik CT bersama hadiah pengiktirafan yang diperolehi... tahniah!

PPD bergambar dengan para pelajar yang berjaya mendapat anugerah...

Sumber gambar - Adevin Etuza

Debaran Keputusan UPSR 2010

SKPK - 12 Nov 2010 (Jumaat) : Keputusan peperiksaan UPSR secara rasminya telah diumumkan pada 11 Nov 2010 (Khamis) kelmarin.

Debaran dihati semua guru SKPK, apatah lagi para pelajar yang telah menduduki sendiri peperiksaan tersebut pada bulan September yang lalu. Pelbagai bentuk perasaan dan teka-teki selama ini akhirnya terjawab sudah.

Secara keseluruhannya, SKPK telah mencatatkan kenaikan peratusan murid lulus sekurang-kurangnya gred 'C' dengan memperolehi 43% lulus, naik sebanyak 11% berbanding tahun 2009 yang lalu.

Yang lebih membanggakan, SKPK terus mengekalkan rekod pelajar memperolehi 5A sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Dimana Adik Evarincia Jaitin pelajar 6 Cerdik telah berjaya meletakkan dirinya di barisan senarai pelajar 5A seluruh negara. Manakala 3 orang pelajar pula memperolehi keputusan 4A iaitu Adik Hani Syahfieazah Mustakim [4A 1B], Adik Caroline Peter [4A 1B] dan Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C]. Selain itu, beberapa pelajar SKPK turut mencatatkan keputusan 3A dan 2A. Sementara beberapa orang murid pula mendapat sekurang-kurangnya 'C' dalam semua matapelajaran.

Secara umumnya, keputusan UPSR 2010 SKPK walaupun hanya sekadar mencatatkan peratusan sebanyak lebih kurang 43%, namun ia adalah suatu yang tidak dijangka berdasarkan latarbelakang prestasi calon-calon yang tidak konsisten sepanjang tahun. Tambahan pula, hampir 60% calon adalah keluaran program PROTIM dan berada pada tahap GALUS sahaja.

Sebagai komitmen kami di SKPK, tahun-tahun mendatang adalah cabaran tali-temali untuk terus mengupayakan dan mencetak keputusan peperiksaan UPSR serta melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dan berdaya saing di pelbagai bidang dan peringkat.

Syabas dan tahniah untuk semua pelajar UPSR SKPK 2010 atas prestasi terbaik yang adik-adik telah usahakan!!!

Dari kiri : Adik Caroline Peter [4A 1B], Adik Mitchel Ling Mei Sue [3A 2B], Adik Evarincia Jaitin [5A], Adik Nur Asliah Roslan [1A], Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C] & Adik Hani Syahfeazah Mustakim [4A 1B] - klik pada gambar untuk preview

Debaran terjawab sudah....

GOOD!!! Lulus juga akhirnya - 'pecah rekod' katanya....

Sekitar "Majlis 4 Dalam 1" SKPK

SKPK 11.Nov.2010 [Khamis] - Majlis yang digelar "MAJLIS 4 DALAM 1" telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini adalah gabungan beberapa pengisian utama iaitu:

1. Majlis Ucapan & Penyampaian Hadiah
2. Perasmian Penutupan Program Galakan Membaca & Penganugerahan PGM 2010
3. Program RIMUP Ibubapa
4. Perasmian 'Parking Serbaguna' SKPK Fasa 1

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil YB Datuk Ellron Angin, iaitu En. Charles Ikang - Pemaju Kemajuan Rakyat bagi N.37 Sook. Turut hadir sebagai jemputan khas ialah Pn. Beatty Leong (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau), En. Junggal Sidup (Pegawai BTP - PKG Keningau), wakil Pengarah IPGM Kampus Keningau, Ketua Platon RELA Caw. Kg. Penagatan Laut, En. Soumin Bador (Timb. YDP PIBG), wakil The W Group - Wong Kwok Housing dan beberapa wakil agensi lain yang turut diundang.

Pada majlis ini juga, beberapa pihak telah diberikan peluang memberikan ucapan alu-aluan; iaitu Guru Besar, Timb. YDP PIBG, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan termasuklah perasmi majlis iaitu PKR N.37 Sook mewakili YB Datuk Ellron sendiri.

Dalam ucapannya mewakili PPD, Pn. Beatty Leong menegaskan komitmen dan keyakinan dengan pelbagai kekuatan jentera pentadbirannya dan guru-guru yang komited, SKPK pasti akan kembali menjadi salah sebuah sekolah yang menyumbang catatan peratusan kelulusan peringkat UPSR yang tinggi sebagaimana yang pernah dicatatkan pada tahun-tahun sebelum ini. Penolong Pegawai Pelajaran turut memberikan suntikan motivasi kepada semua murid dengan ucapan yang segar dan penuh bersemangat. Katanya, setiap murid memiliki potensi masing-masing, tinggal lagi bagaimana menggilap dan menjadikannya lebih terserlah.

Sementera itu, wakil YB selaku perasmi pula dalam ucapannya menyatakan bahawa, pihak YB Datuk dan pimpinan beberapa waktu yang lalu telah berjaya melakukan satu sesi kajiselidik mengesan aduan masyarakat dari sudut kemudahan pendidikan. Menurut beliau lagi, dengan kajiselidik itu mereka akan jadikan ia sebagai platform tindak susul seterusnya. Dalam ucapannya juga, beliau turut menegaskan peranan ibubapa dalam mendorong anak-anak belajar semasa dirumah.

Menyentuh tentang PGM pula yang telah dilaksanakan dari Januari hingga November, 2 orang pelajar telah dinobatkan sebagai Pembaca Tahap Gemilang, iaitu Adik Siti Nursyahirah Nasarudin - kategori Tahap 1 dengan jumlah bacaan sebanyak 231 buah buku, manakala, bagi kategori Tahap 2 pula dinobatkan kepada Adik Mohd Ismat Afif Mohd Zali - dengan jumlah bacaan sebanyak 140 buah buku. Dengan ini, mereka berdua sekaligus membolot hadiah berupa sebuah Basikal BMX - yang telah ditaja oleh Syarikat Wong Kwok Housing, sijil dan hadiah.

Berikut adalah gambar-gambar suasana yang meriah sepanjang majlis dilangsungkan...

Antara simbolik perasmian - para jemputan memukul gong

Persembahan bercerita dari Adik CT Nursyahirah

Pembaca Tahap Gemilang - Program Galakan Membaca 2010

Adik Mohd Ismat Afif - menerima hadiah basikal BMX dari En. Junggal Sidup (Pegawai BTP PKG Keningau)

Persembahan silat pelajar SMK - 'Gabungan Pencak Silat Tanding'

4 orang sumandak - penari sumazau mix

Persembahan silat kanak-kanak 'Gabungan Pencak Silat Tanding'...

Hadiah-hadiah para pemenang....

Gandingan juruacara majlis - Ustaz Saleh & Cikgu Moh Zali

Dari kiri - En. Lahamin (Pengerusi JKKK Kg. Penagatan Laut, En. Samin - RELA Caw. Kg. Penagatan Laut, En. Junggal Sidup (Pegawai BTP PKG Keningau), En. Soumin @ Taupin Bador (Timb. YDP PIBG), En. Charles Ikang - Perasmi (PKR N.37 Sook) & Pn. Beatty Leong (Penolong PPD Keningau)

Pn. Beatty Leong - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau

En. Charles Ikang - PKR N.37 Sook - pegawai perasmi

En. Soumin @ Taupin Bador - Timb. YDP PIBG SKPK

En. Garipin Elid - Guru Besar SKPK

SKPK Berbatik Hijau...






 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009