- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Ahad, 6 September 2009

Doa Majlis Penyampaian Ilmu Sempena UPSR

DOA SEMPENA

MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.



Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa putra-putri kami akan menduduki peperiksaan UPSR esok hari yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Kami menyedari bahawa segala usaha yang guru-guru dan putra-putri kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.


Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada putra-putri kami dan janganlah Engkau sempitkannya.


Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan..



Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,



Hanya padaMu kami memohon. Kurniakanlah kejayaan kepada putra-putri kami dengan ketinggian dan kecemerlangan. Jadikanlah putra-putri kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu di dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

Assalaamualaikum wtb...

Salam 1Malaysia!

Kami warga guru SKPK dengan ikhlas hati mendoakan putra-putri kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 08-10 September 2009 ini. Kami dengan ini merestui dan menyerahkan berkah ilmu, semoga putra-putri harapan semua ini diberikan ketajaman minda, dibukakan Tuhan hatinya, diberikan kefahaman, memiliki kesabaran dan jua ketenangan semasa menghadapi peperiksaan nanti.

Tiada yang kami warga guru dan ibubapa harapkan, melainkan kejayaan yang manis dan terbaik buat putra-putri harapan SKPK. Go... March on and do the best!

TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan / surat beranak dan slip peperiksaan disediakan.

2. Selepas solat Maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Surah Yaasin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna. (Yang bukan beragama Islam - mengikut kaedah agama masing-masing)

3. Pastikan tidur yang mencukupi. Ia penting bagi badan dan otak cergas untuk menghadapi peperiksaan.

4. Pastikan diri tidak tertekan dengan membuat ulangkaji disaat akhir. Pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.

5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, solat Subuh berjemaah dengan keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah (Begitu juga yang bukan beragama Islam - berdoalah dan minta restu kedua ibubapa anda).

6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah, dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.


(Creadit note for - http://cgnarzuki.com/?p=266)




usr-070909
 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009