Salam 1Malaysia!
Kami warga guru SKPK dengan ikhlas hati mendoakan putra-putri kami yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 08-10 September 2009 ini. Kami dengan ini merestui dan menyerahkan berkah ilmu, semoga putra-putri harapan semua ini diberikan ketajaman minda, dibukakan Tuhan hatinya, diberikan kefahaman, memiliki kesabaran dan jua ketenangan semasa menghadapi peperiksaan nanti.
Tiada yang kami warga guru dan ibubapa harapkan, melainkan kejayaan yang manis dan terbaik buat putra-putri harapan SKPK. Go... March on and do the best!
TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan / surat beranak dan slip peperiksaan disediakan.
2. Selepas solat Maghrib, lakukan solat hajat 2 rakaat dan teruskan dengan bacaan Surah Yaasin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dengan sempurna. (Yang bukan beragama Islam - mengikut kaedah agama masing-masing)
3. Pastikan tidur yang mencukupi. Ia penting bagi badan dan otak cergas untuk menghadapi peperiksaan.
4. Pastikan diri tidak tertekan dengan membuat ulangkaji disaat akhir. Pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.
5. Sebaik-baiknya pada pagi sebelum ke sekolah, solat Subuh berjemaah dengan keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah (Begitu juga yang bukan beragama Islam - berdoalah dan minta restu kedua ibubapa anda).
6. Langkah keluar rumah dengan kaki kanan sambil membaca doa tertentu untuk selamat sampai ke sekolah, dan diberi kekuatan menjawab soalan dengan cemerlang.
usr-070909
0 ulasan:
Catat Ulasan