- Ahlan Wasahlan -

rss

Khamis, 16 Mei 2013

Warna-Warni Sambutan Hari Guru Mei 2013





 Salam sejahtera, bersua lagi diruang blog sekolah ini. Tarikh 16hb Mei setiap tahun adalah tarikh yang sangat istemewa bagi warga yang bergelar GURU. Tarikh inilah tarikh keramat bagi setiap insan yang bergelar guru. Kerana pada tarikh ini, akan disambut HARI GURU di seluruh Negara Malaysia. 

Sebagaimana kebiasaan SK. Penagatan tidak ketinggalan melaksanakan pelbagai aktiviti sempena menyambut Hari Guru yang bertemakan 1 Agenda 1 Aspirasi. Oleh yang demikian berbagai aktiviti yang menarik seperti acara sukaneka. Acara sukaneka guru telah dipersetujui ialah Bowling Kelapa, melastik, memasukkan bola hoki ke dalam gol dan permainan dart. Seronok kelihatannya warga guru dan murid melihat aksi-aksi guru mereka bersukaneka.

Acara lain yang menarik ialah Pusat Sumber telah menganjurkan satu aktiviti iaitu merekacipta kad ucapan hari guru. Penyertaan murid sangat menggalakkan dan terima kasih kepada pengadil rekacipta kad ucapan. Acara kemuncak sambutan hari guru kali ini ialah acara tukar-tukar hadiah pada 16hb Mei 2013. 

Selamat hari guru dan semoga SK. Penagatan terus menjana kecemerlangan.

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009