Agak lama tidak membuat sebarang entry baru dalam blog SK. Penagatan ini. Salam kemaafan atas kecuaian yang berlaku ini. Namun kepada yang selalu menggunakan laman Facebook pastinya tidak ketinggalan aksi atau persembahan informasi dari Facebook SK. Penagatan, Keningau serta Facebook milik Guru Pendidikan & Media iaitu Fb Cg Adevin. Banyak informasi baru dan yang lama telah diletakkan di kedua-dua Fb ini. Syabas dan tahniah kepada para individu baik dikalangan warga guru, warga murid serta pihak alumnai serta ahli PIBAGU sekolah yang sering mengikuti perkembangan semasa SK. Penagatan, Keningau.
Sebagai pengetahuan, SK. Penagatan terkini telah berjaya membuat beberapa Program yang menjurus kepada kemajuan sahsiah murid dan sekolah. Antaranya Program Perkemahan Unit Beruniform yang disertai oleh Tunas Kadet remaja Sekolah, Pengakap, Persatuan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Program perkemahan dipengerusikan oleh Unit Kadet Remaja Sekolah. Kepada semua syabas dan tahniah.
Agak lari pula dari tajuk di atas, " Mantapkan Keceriaan Di Sekolah & Usaha Perlu Berterusan" Lebih kurang inilah bunyinya. Melihat kepada beberapa peristiwa lalu beberapa kejayaan yang dilakukan di SK. Penagatan dalam usaha memantapkan keceriaan yang menyeluruh. Rasanya program yang berjaya menempatkan keceriaan terbaik di sekolah ini ialah apabila adanya usul dan usaha Pihak Hem menganjurkan Program 3K pada tahun-tahun lalu. Program ini memusatkan keceriaan di bilik-bilik khas seperti Bilik Guru, Bilik Staf, Bilik Guru Besar, Bilik Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik PK 1, Bilik PK Hem, Bilik PK KK, Prasekolah, Kantin, Bilik Pemulihan dan pastinya Bilik Kelas-kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Hadiah yang lumayan telah disampaikan oleh Tuan Pegawai PPD Keningau iaitu En. Masly Wahip masa itu.
Impak dari usaha itu, kita dapat melihat keadaan disekolah yang sangat ceria, guru-guru saling berusaha dan bekerjasama dengan murid sekolah. Rasa seronok hendak ke sekolah, kerana lahirnya cinta, sayang dan kasih terhadap sekolah SK. Penagatan, Keningau. Sayang sekali jika perasaan yang sudah berputik itu di bunuh oleh keadaan tertentu. Ibarat tali yang diikat kian longgar dan akhirnya jatuh ke bawah, hilanglah tali untuk bergayut menuju ke atas kejayaan. Kepada semua marilah kita TERUSKAN USAHA DALAM APA JUGA KEADAAN DAN CARA KITA agar meneruskan pelbagai sudut keceriaan di sekolah. Sebagai penyuntik semangat dan memulihkan motivasi agar warga sekolah sukakan usaha berterusan hal keceriaan maka mari kita saksikan imbasan kejayaan program 3K pada tahun 2012. Semoga mampu melonjakkan kembali era kecemerlangan bersama.
Mari kita lihat beberapa gambar yang telah diambil oleh GPM berkaitan kejayaan dalam mengusahakan beberapa bidang yang nampak ceria di SKPK pada tahun 2012. Andai usaha berterusan memnatapkan keceriaan ini alangkah bagusnya. Saksikan....
Suasana meja belajar di Kelas Pemulihan
juga kelihatan menarik dan ceria..
bilik khas terbaik juga..
Fail di bilik guru sentiasa tersusun rapi
tahun 2012
Meja panjang di bilik guru
sentiasa kemas dan cantik
2012.
Semua meja guru2 ceria dan
sentiasa kemas.nampak benar2 ceria
Mari kita lihat beberapa gambar yang telah diambil oleh GPM berkaitan kejayaan dalam mengusahakan beberapa bidang yang nampak ceria di SKPK pada tahun 2012. Andai usaha berterusan memnatapkan keceriaan ini alangkah bagusnya. Saksikan....
Kelas 1C nampak ceria ( johan kelas paling
ceria tahap 1)
Suasana meja belajar di Kelas Pemulihan
juga kelihatan menarik dan ceria..
bilik khas terbaik juga..
Fail di bilik guru sentiasa tersusun rapi
tahun 2012
Meja panjang di bilik guru
sentiasa kemas dan cantik
2012.
Semua meja guru2 ceria dan
sentiasa kemas.nampak benar2 ceria
untuk 2013, mampukah peristiwa dan kejayaan
ditahun 2012 tercapai lagi. Rasanya usaha
untuk memantapkan keceriaan dalam dan luar
perlu diusahakan secara berterusan.
ditahun 2012 tercapai lagi. Rasanya usaha
untuk memantapkan keceriaan dalam dan luar
perlu diusahakan secara berterusan.
0 ulasan:
Catat Ulasan