- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Khamis, 29 April 2010

Majlis Pelancaran Program Kempen Galakan Membaca SKPK 2010

SKPK - 29/4/2010 : Majlis pelancaran Program Kempen Galakan Membaca peringkat Sek. Keb. Penagatan bagi tahun 2010 ini telah berjaya dilancarkan oleh Guru Besar SKPK sendiri iaitu En. Garipin Elid.

Sebelum itu, turut berucap ialah pengerusi Program iaitu Pn. Helina Lawerence (PK1). Dalam ucapan alu-aluan tersebut, beliau telah menyentuh sedikit tentang objektif, tempoh perlaksanaan dan sekaligus memberikan motivasi agar semua murid merebut peluang sebegini untuk mengikuti semua pengisian yang telah dirancang.

Menurutnya lagi, penyertaan pelajar bukan sekadar untuk mendapatkan hadiah bagi kategori yang dipertandingkan, tetapi yang lebih penting adalah pemupukan budaya membaca yang maksima. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 'The W Group" yang telah sudi memberikan sumbangan kewangan bagi melancarkan lagi perlaksanaan program ini.

Seterusnya, dalam ucapan pelancarannya pula, Guru Besar telah menegaskan tentang peri-pentingnya 'hobi' atau 'kesukaan' membaca ini dalam diri para pelajar. Budaya membaca yang sebati akan meransang minda pelajar untuk sentiasa peka dengan maklumat.

Selain itu, katanya, pelajar yang berilmu global akan sentiasa di hadapan berbanding pelajar lain yang malas untuk meneroka ruang ilmu yang luas. Budaya seronok membaca ini sekiranya dihayati akan membantu memudahkan pengurusan kelas, kerana para pelajar akan berlumba-lumba dengan cara yang sihat untuk menambahkan koleksi bacaan masing-masing.

Harapan beliau, semoga program ini dapat dijadikan medium pengayaan kemahiran oleh pelajar dan guru. Akhirnya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua penyumbang samada dalam bentuk sumbangan material, idea mahupun sumber tenaga.

En. Garipin Elid (GB) memberikan ucapan dalam majlis pelancaran tersebut....

Acara pemotongan reben - simbolik pelancaran program dengan disaksikan oleh PK 1...

Adik Mac Junior Marcellus menyampaikan sebuah sajak sempena majlis tersebut...

Murid-murid bersedia untuk melepaskan das reben...

Antara guru paling ceria dalam majlis tersebut....

En. Ranger Diris (Guru Pelatih IPGM - Kampus Keningau) selaku pengendali majlis... syabas!

Rabu, 24 Mac 2010

MTQ Daerah Keningau 2010

Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Keningau telah berjaya dilaksanakan pada 23hb Mac 2010 / Selasa yang lalu. Sek. Keb. Penagatan - SKPK - telah menghantar 2 orang murid sebagai wakil Zon Pegalan dalam acara bercerita kisah-kisah Al-Quran.

Dalam acara tersebut anak-anak SKPK ini telah berjaya menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing dengan cemerlang. Adik Nurhijrahtul Aqilah Bt. Morinnus telah berjaya menjadi johan kategori perempuan dengan cerita - Kisah Habil dan Qabil - dengan persembahan yang memberangsangkan, sekaligus melayakkannya mewakili Daerah Keningau dalam MTQ Peringkat Bahagian Pedalaman yang akan diadakan di Daerah Tenom. Manakala adik Mohd. Ismat Afif B. Mohd Zali pula berjaya menduduki tempat yang ke-3 dengan tajuk cerita - Kisah Nabi Saleh As - yang disampaikan begitu baik. Para pemenang mendapat hadiah berupa medal dan sijil penghargaan.

Semoga dengan penyertaan sulung kedua-dua bakat cilik ini akan merangsang diri mereka untuk lebih terampil dan dapat menggarap potensi besar masing-masing. Diharapkan kejayaan seperti ini juga merangsang rakan-rakan sebaya yang lain untuk mengasah kemahiran personal sebagai pendua kepada kebolehan kurikulum.

Syabas & Tahniah dari guru-guru SKPK!!!

Adik Nurulhijrahtul Aqilah - sedang mempersembahkan ceritanya...

Adik Mohd Ismat Afif - mencuba yang terbaik...

Adik Nurulhijrahtul Aqilah (Johan) & Mohd Ismat Afif (ke-3) bersama medal masing-masing... Tahniah!!!

Johan bercerita kategori lelaki (tengah - wakil zon Bingkor) diapit oleh anak-anak cilik SKPK... tahun depan lawan lagi!

Menunggu giliran....

Bergambar bersama USR...

Mengabadikan kenangan bersama USR dan Ketua Panitia Pendidikan Islam....

*********
Mereka... terselit diantara yang ramai & sangat berpotensi.
Mereka kuntum-kuntum bebunga yang mekar.
Mereka bak permata yang terserlah.
Andai digilap dan diasuh dengan sebaiknya, mereka boleh...
*********
 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009