- Ahlan Wasahlan -

rss

SKPK IN SLIDESHOW

Program Motivasi

KATA-KATA HIKMAH

"Kemiskinan tidak melazimkan kesengsaraan tetapi kebodohan dan kemalasan akan membawa kemunduran. Belajarlah berenang dalam lautan kesukaran. Orang yang bekerja berat, badannya akan kuat, orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan, dia akan ingat kepada Tuhan".

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Peserta SKPK Kem 1Malaysia

Kenali Kami

Foto saya
Keningau, Sabah, Malaysia
Sek. Keb. Penagatan P/S 138, 89008, Keningau, SABAH Kod:(XBA 1056) Tel : 087-334471 Email : skpenagatan09@gmail.com

WARGA GURU & KTBM SKPK

WARGA GURU & KTBM SKPK
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Isnin, 27 Mei 2013

6 Guru Menjadi Pilihan Murid Sempena Majlis Hari Guru Peringkat SK. Penagatan, Keningau

6 guru penerima anugerah khas sempena
majlis hari guru 2013 SK. Penagatan. Tahniah..


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Terbaru SK. Penagatan Keningau dengan dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum telah diadakan sambutan hari guru 2013 peringkat sekolah. Berbagai pengisian yang diadakan apabila sejak 15hb Mei dan 16 Mei 2013 diadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid serta warga pendidik dan KTBM.

Acara-acara yang menarik ialah pertandingan sukaneka guru iaitu, sukaneka bowling kelapa, melastik, dart dan memukul bola hoki untuk dimasukkan ke ruang gol.  Semua guru dan KTBM melibatkan diri termasuk guru besar sekolah. Aktiviti pertandingan membuat kad ucapan hari guru dan kad ucapan hari ibu dijalankan dengan di tadbir oleh Pusat Sumber sekolah.  Memang menarik ciptaan kad yang dihasilkan oleh murid dari tahun 1 hingga murid tahun 6. Tema hari guru kali ini ialah 1 Agenda 1 Aspirasi. Tahniah kepada semua guru skpk. Semoga kerjasama dan ukuhuwa antara kita sentiasa gemilang.

Majlis sambutan hari guru kali SK. Penagatan kali ini, agak lain dengan adanya satu slot penganugerahan kepada guru pilihan murid dalam 6 kategori. Pastinya anugerah ini amat memberi kesan kepada guru yang terpilih, kerana sekurang-kurangnya merasai dihargai dan dipercayai oleh murid dalam mendidik mereka. 6 kategori tersebut ialah Guru Penyayang yang disandang oleh  EN. MZA, Guru Popular disandang oleh GE ( guru besar ) Guru Hensem disandang oleh En. MK, Guru Garang disandang oleh DG, Guru Bergaya disandang oleh HS dan Guru Paling Cantik disandang oleh NSI. Adakah mereka berenam dapat kekalkan title ini pada tahun hadapan. Ataupun mungkin kategori ini diubah atau ditambah. Apa yang menarik ialah pilihan kepada 6 kategori itu telah dibuat oleh murid sekolah. 

Terima kasih kepada pengendali iaitu Ustazah Shema dan Ustazah Rina serta semua murid yang terlibat. Tahniah kepada guru yang terpilih, jadikan anugerah ini sebagai momentum untuk terus menjana kecemerlangan dibidang pendidikan di sekolah. Selamat hari guru dan selamat bercuti di semester pertama 2013.

Khamis, 16 Mei 2013

Warna-Warni Sambutan Hari Guru Mei 2013





 Salam sejahtera, bersua lagi diruang blog sekolah ini. Tarikh 16hb Mei setiap tahun adalah tarikh yang sangat istemewa bagi warga yang bergelar GURU. Tarikh inilah tarikh keramat bagi setiap insan yang bergelar guru. Kerana pada tarikh ini, akan disambut HARI GURU di seluruh Negara Malaysia. 

Sebagaimana kebiasaan SK. Penagatan tidak ketinggalan melaksanakan pelbagai aktiviti sempena menyambut Hari Guru yang bertemakan 1 Agenda 1 Aspirasi. Oleh yang demikian berbagai aktiviti yang menarik seperti acara sukaneka. Acara sukaneka guru telah dipersetujui ialah Bowling Kelapa, melastik, memasukkan bola hoki ke dalam gol dan permainan dart. Seronok kelihatannya warga guru dan murid melihat aksi-aksi guru mereka bersukaneka.

Acara lain yang menarik ialah Pusat Sumber telah menganjurkan satu aktiviti iaitu merekacipta kad ucapan hari guru. Penyertaan murid sangat menggalakkan dan terima kasih kepada pengadil rekacipta kad ucapan. Acara kemuncak sambutan hari guru kali ini ialah acara tukar-tukar hadiah pada 16hb Mei 2013. 

Selamat hari guru dan semoga SK. Penagatan terus menjana kecemerlangan.

Rabu, 8 Mei 2013

Mantapkan Keceriaan Di Sekolah Usaha & Perlu Berterusan

Agak lama tidak membuat sebarang entry baru dalam blog SK. Penagatan ini. Salam kemaafan atas kecuaian yang berlaku ini. Namun kepada yang selalu menggunakan laman Facebook pastinya tidak ketinggalan aksi atau persembahan informasi dari Facebook SK. Penagatan, Keningau serta Facebook milik Guru Pendidikan & Media iaitu Fb Cg Adevin. Banyak informasi baru dan yang lama telah diletakkan di kedua-dua Fb ini. Syabas dan tahniah kepada para individu baik dikalangan warga guru, warga murid serta pihak alumnai serta ahli PIBAGU sekolah yang sering mengikuti perkembangan semasa SK. Penagatan, Keningau.

Sebagai pengetahuan, SK. Penagatan terkini telah berjaya membuat beberapa Program yang menjurus kepada kemajuan sahsiah murid dan sekolah. Antaranya Program Perkemahan Unit Beruniform yang disertai oleh Tunas Kadet remaja Sekolah, Pengakap, Persatuan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Program perkemahan dipengerusikan oleh Unit Kadet Remaja Sekolah. Kepada semua syabas dan tahniah.

Agak lari pula dari tajuk di atas, " Mantapkan Keceriaan Di Sekolah & Usaha Perlu Berterusan" Lebih kurang inilah bunyinya. Melihat kepada beberapa peristiwa lalu beberapa kejayaan yang dilakukan di SK. Penagatan dalam usaha memantapkan keceriaan yang menyeluruh. Rasanya program yang berjaya menempatkan keceriaan terbaik di sekolah ini ialah apabila adanya usul dan usaha Pihak Hem menganjurkan Program 3K pada tahun-tahun lalu. Program ini memusatkan keceriaan di bilik-bilik khas seperti Bilik Guru, Bilik Staf, Bilik Guru Besar, Bilik Pusat Sumber, Bilik Kaunseling, Bilik PK 1, Bilik PK Hem, Bilik PK KK, Prasekolah, Kantin, Bilik Pemulihan dan pastinya Bilik Kelas-kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6.  Hadiah yang lumayan telah disampaikan oleh Tuan Pegawai PPD Keningau iaitu En. Masly Wahip masa itu.

Impak dari usaha itu, kita dapat melihat keadaan disekolah yang sangat ceria, guru-guru saling berusaha dan bekerjasama dengan murid sekolah. Rasa seronok hendak ke sekolah, kerana lahirnya cinta, sayang dan kasih terhadap sekolah SK. Penagatan, Keningau. Sayang sekali jika perasaan yang sudah berputik itu di bunuh oleh keadaan tertentu. Ibarat tali yang diikat kian longgar dan akhirnya jatuh ke bawah, hilanglah tali untuk bergayut menuju ke atas kejayaan. Kepada semua marilah kita TERUSKAN USAHA DALAM APA JUGA KEADAAN DAN CARA KITA agar meneruskan pelbagai sudut keceriaan di sekolah. Sebagai penyuntik semangat dan memulihkan motivasi agar warga sekolah sukakan usaha berterusan hal keceriaan maka mari kita saksikan imbasan kejayaan program 3K pada tahun  2012. Semoga mampu melonjakkan kembali era kecemerlangan bersama.

Mari kita lihat beberapa gambar yang telah diambil oleh GPM berkaitan kejayaan dalam mengusahakan beberapa bidang yang nampak ceria di SKPK pada tahun 2012. Andai usaha berterusan memnatapkan keceriaan ini alangkah bagusnya. Saksikan....
Kelas 1C nampak ceria ( johan kelas paling
ceria tahap 1)

Suasana meja belajar di Kelas Pemulihan
juga kelihatan menarik dan ceria..
bilik khas  terbaik juga..

Fail di bilik guru sentiasa tersusun rapi
tahun 2012

Meja panjang di bilik guru
sentiasa kemas dan cantik
2012. 

Semua meja guru2 ceria dan 
sentiasa kemas.nampak benar2 ceria

untuk 2013, mampukah peristiwa dan kejayaan
ditahun 2012 tercapai lagi. Rasanya usaha
untuk memantapkan keceriaan dalam dan luar
perlu diusahakan secara berterusan.

Isnin, 11 Februari 2013

Majlis Pembuka Tirai 2013 ( Majlis Watiqah Perlantikan Pengawas)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

     Sesi persekolahan 2013 telah beroperasi sejak 02hb Jan 2013, memang banyak peristiwa yang telah berlaku sehingga hari ini. Tetapi baru kali ini ada membuat pengisian di blog SEK.KEB. PENAGATAN, KENINGAU. Pihak sekolah memohon maaf banyak-banyak kepada sesiapa sahaja yang membuat kunjungan di laman ini. Belum terlambat warga SK. Penagatan mengucapkan selamat tahun baru 2013 dan selamat menyambut tahun baru Cina 2013. Bagi warga guru yang bercuti selamat bercuti dan manfaatkan cuti dengan semaksimanya bersama anak-anak tersayang.

Baru-baru ini sekolah kami mengadakan Majlis Perasmian Bulan Disiplin dan Penyampaian Watiqah kepada para pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua kelas dan penolong ketua kelas pada 08hb Feb 2013 bersamaan hari jumaat minggu lalu. Selama sebulan Program Bulan Disiplin diadakan di SK.Penagatan, Keningau. Pengisian aktiviti juga cukup banyak dengan mengadakan pelbagai program. Antara yang menarik ialah Aktiviti Mengenal Warga Guru dan KTBM 2013 kepada semua murid sekolah. Memang sibuk setiap pagi guru - guru sibuk didatangi oleh murid dari semua peringkat kelas.

Apa yang lebih menarik lagi ialah apabila ada guru yang cuba mengelak untuk diserbu murid, dengan alasan guru itu konon memperdayakan murid bahawa nama yang disebut oleh murid itu bukan nama guru itu. Walhal sebenarnya itu lah nama guru tersebut. Ha..ini bertujuan untuk meyakinkan murid serta menanam kan rasa berani bersemuka dengan guru dan lebih baik lagi jika murid itu benar2 yakin itulah guru yang dia ingin dapatkan tandatangan.

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan disiplin ialah:-
1. Pertandingan menulis essi 
2. Pertandingan mewarna
3. Pertandingan menaip menggunakan komputer ( words)
4. Pengawas PSS paling berdisiplin
5. Pengawas Sekolah paling pantas mendapatkan tandatangan warga sekolah.




Sabtu, 11 Februari 2012

Ceramah 3 K ( Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan di SK. Penagatan,Keningau








Khamis, 2 Februari 2012

2hb Feb 2012 Lawatan Nazir KPM Sejarah Gemilang SK. Penagatan, Keningau, Sabah.

PK. KK Pn. Masrinah Mohamad sedang bentangkan
rekod pencapaian KK sepanjang 2011
Pihak kerani tadbir yang diketuai oleh PN. Ramlayati
juga turut diberi pantau oleh Jemaah Nazir dari KPM
PK 1 PN. Hilina Lawrance sedang memperlihatkan
dokumen sokongan pencapaian akademik dalam bidang
Kurkulum 2011
PK HEM dan PK KK sedang mendengar taklimat
dari ketua Jemaah Nazir En. Mazlan di Pusat Sumber
sekolah
Guru Besar sekolah En. Garipin Elid sedang
membentangkan pencapaian sekolah tahun 2011.
Syabas & tahniah

Ingin dikongsikan dengan penuh rasa syukur satu memori atau satu sejarah yang boleh dianggap gemilang yang telah berlaku di SK. Penagatan, Keningau, Sabah pada 2hb Feb 2012 bersamaan hari rabu. Tepat jam 7.30 pagi datang dua orang pegawai Nazir dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat pemantauan secara menyeluruh tentang semua rekod prestasi pencapaian SK. Penagatan sepanjang 2011. Nazir dari KPM itu ialah En. Mazlan selaku ketua dan En. Awang Masri.

SK. Penagatan, Keningau, Sabah merupakan sebuah sekolah di luar bandar yang agak jauh dari Bandar Keningau, namun dengan berkat serta semangat jemaah nazir dari KPM maka mereka sampai pada hari rabu dengan tujuan pemantauan dan mengesan rekod pencapaian SK. Penagatan pada tahun 2011 agar kejituan maklumat dikesan dan dipercayai benar-benar usaha murni oleh semua warga SK. Penagatan.

Antara yang diberi perhatian semasa jemaah nazir KPM ini tiba di SKPK ialah :
a. Pencapaian UPSR 2011 ( akademik) unit Kurikulum
b. Purata peratus kehadiran murid setahun di bawah unit HEM
c. Peratus keterlibatan murid dan guru di bidang KK unit Kokurikulum.
d. Pemeriksaan Rekod Pengajaran Harian guru 2011
e. Kew- Kewangan ( Pentadbiran)
f. Penyeliaan P&P guru besar dan guru
g. Pemantauan Prasekolah
h. Penyeliaan bilik Pemulihan
i. Fail JPU- Unit Kurikulum
j. Gambar - gambar dokumentasi
k. Senarai tugas GPM
l. Pemeriksaan kad kadatangan guru-guru

Semua aspek yang diminta mengikut pemerhatian GPM berjaya ditunjukkan oleh sekolah khususnya tiga unit utama sekolah iaitu unit Kurikulum, HEM dan KK. Syabas dan tahniah kepada jentera pentadbiran SK. Penagatan di bawah pimpinan En. Garipin Elid. Semoga pemantauan Nazir dari KPM ini membawa hikmah yang besar kepada Sk. Penagatan. Semoga juga SK. Penagatan akan menuju kecemerlangan menjelang 2016.

Catatan by GPM/12

Jumaat, 28 Januari 2011

Sukan MSS SKPK Ke-6 2011

SKPK - 26 & 27 Jan '11 : Kejohanan MSS Peringkat SK. Penagatan kali ke-6 bagi tahun 2011 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.

Empat buah rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Kuning (Seladang), Rumah Hijau (Gajah), Rumah Merah (Helang) dan Rumah Biru (Singa) telah menyertai kejohanan tersebut yang melibatkan pelajar dari peringkat Prasekolah sehinggalah pelajar Tahun enam.

Walaupun kejohanan MSS diperingkat Zon bagi tahun 2011 telah dilaksanakan lebih awal iaitu pada bulan Oktober 2010 yang lalu bagi memilih atlet ke peringkat MSSD, namun, kejohanan MSS SKPK tetap dilangsungkan bagi memilih para atlet yang berkemampuan untuk diketengahkan pada kejohanan akan datang.

Dalam kejohanan MSS SKPK yang berakhir kelmarin, dapat dilihat ramai peserta tahap 1 & tahap 2 ( tahun 4 & 5) yang berpotensi dalam acara-acara yang diikuti. Kejohanan kali ini juga adalah untuk mencungkil dan melihat bakat baru dalam bidang olahraga. SKPK bercita-cita besar menyasarkan harapan agar dapat terus bersaing dengan sekolah lain dalam bidang sukan khususnya olahraga.

Sementara itu, dalam kejohanan MSS SKPK kali ke-6 ini, Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Kuning, Naib Johan diraih oleh Rumah Biru, sementara di tempat Ketiga disandang oleh Rumah Merah dan Rumah Hijau ditempat yang keempat. Persaingan antara rumah sukan kali ini agak sengit dan semua atlet yang terlibat nampaknya mempunyai usaha yang gigih untuk memenangi acara-acara yang disertai mereka.

Manakala, anugerah olahragawan dan olahragawati pada kejohanan ini telah diraih masing-masing oleh Adik Mohd. Aidil Aizat Sapinin - Tahun 6 (2 Emas, 1 Perak) dan Adik Arbie Md. Khairil - Tahun 6 (2 Emas, 1 Perak), yang mana kedua-duanya adalah atlet dari Rumah Biru. Syabas dan tahniah!

Selain itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan kejohanan, turut diadakan pertandingan 4X50 Meter bagi kategori guru dan kakitangan bukan mengajar mewakili rumah sukan masing-masing. Ini juga sekaligus menunjukkan komitmen padu guru-guru dalam bidang sukan. Dalam acara sempoi ini, guru-guru + kakitangan bukan mengajar dari Rumah Biru telah berjaya mengunggulinya dan turut meraih hadiah hamper.

GB merasmikan kejohanan...

Acara 80M Prasekolah...

Bacaan ikrar kejohanan - Adik Leon Alexy Likon

Larian obor kejohanan - Mac Junior

Barisan warna-warni kontinjen yang menyertai paertandingan pperbarisan

Rumah merah

Rumah Kuning

Rumah hijau

Rumah biru

GB & PK Kokum menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan...


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Jumaat, 19 November 2010

NILAM Peringkat Daerah - satu Kejutan....

Adik CT bersama umminya - Pn. Siti Kaidah Sakimin

SKPK - 16 Nov 2010 (Selasa) : Majlis Perasmian Penutupan Program Galakan Membaca (PGM) & Program Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Keningau telah diadakan bertempat di Dewan SMK Keningau II, dengan perasmian majlis disempurnakan sendiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau - iaitu En. Raisin Saidin.

Dalam majlis tersebut, sekali lagi Adik Siti Nursyahirah Nasarudin - pelajar SKPK yang telah dinobatkan sebagai Pembaca Tahap Gemilang peringkat PGM SKPK telah dimahsyurkan pula sebagai penerima hadiah Pelajar Terbaik NILAM Peringkat Daerah bagi kategori sekolah rendah. Difahamkan bahawa, nama pelajar ini telah dicalonkan secara 'terus' oleh Pegawai BTP bagi kategori SR setelah berjaya melakukan catatan jumlah bacaan buku NILAM tahap Perak.

Dengan pengiktirafan ini, melayakkan adik CT mendapat hadiah berupa trofi, sijil & hadiah - kamus.

Selain itu, Adik Nurhazimah Mohd Zali (alumni SKPK 2009 - kini menuntut di SMKA Mohammad Ali, Ranau) pula turut dianugerahkan sijil penghargaan sebagai penulis terbaik esei bertemakan Kem Membaca 1 Malaysia bagi kategori SR yang telah dipertandingkan pada sesi 2009 yang lalu.

Tahniah kepada adik-adik yang telah mengharumkan nama SKPK diperingkat daerah.... Syabas!!!

Adik CT bersama guru kelas 3B - Pn. Haryati Suhaili

Adik CT bersama PK1 - Pn. Helina Lawrence

Adik CT menerima tropi daripada PPD Keningau

Dari kiri : Adik Nurhazimah Mohd Zali. Adik CT Nursyahirah & En. Mohd Zali Ayub - GPM SKPK

Adik CT bersama hadiah pengiktirafan yang diperolehi... tahniah!

PPD bergambar dengan para pelajar yang berjaya mendapat anugerah...

Sumber gambar - Adevin Etuza

Debaran Keputusan UPSR 2010

SKPK - 12 Nov 2010 (Jumaat) : Keputusan peperiksaan UPSR secara rasminya telah diumumkan pada 11 Nov 2010 (Khamis) kelmarin.

Debaran dihati semua guru SKPK, apatah lagi para pelajar yang telah menduduki sendiri peperiksaan tersebut pada bulan September yang lalu. Pelbagai bentuk perasaan dan teka-teki selama ini akhirnya terjawab sudah.

Secara keseluruhannya, SKPK telah mencatatkan kenaikan peratusan murid lulus sekurang-kurangnya gred 'C' dengan memperolehi 43% lulus, naik sebanyak 11% berbanding tahun 2009 yang lalu.

Yang lebih membanggakan, SKPK terus mengekalkan rekod pelajar memperolehi 5A sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Dimana Adik Evarincia Jaitin pelajar 6 Cerdik telah berjaya meletakkan dirinya di barisan senarai pelajar 5A seluruh negara. Manakala 3 orang pelajar pula memperolehi keputusan 4A iaitu Adik Hani Syahfieazah Mustakim [4A 1B], Adik Caroline Peter [4A 1B] dan Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C]. Selain itu, beberapa pelajar SKPK turut mencatatkan keputusan 3A dan 2A. Sementara beberapa orang murid pula mendapat sekurang-kurangnya 'C' dalam semua matapelajaran.

Secara umumnya, keputusan UPSR 2010 SKPK walaupun hanya sekadar mencatatkan peratusan sebanyak lebih kurang 43%, namun ia adalah suatu yang tidak dijangka berdasarkan latarbelakang prestasi calon-calon yang tidak konsisten sepanjang tahun. Tambahan pula, hampir 60% calon adalah keluaran program PROTIM dan berada pada tahap GALUS sahaja.

Sebagai komitmen kami di SKPK, tahun-tahun mendatang adalah cabaran tali-temali untuk terus mengupayakan dan mencetak keputusan peperiksaan UPSR serta melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dan berdaya saing di pelbagai bidang dan peringkat.

Syabas dan tahniah untuk semua pelajar UPSR SKPK 2010 atas prestasi terbaik yang adik-adik telah usahakan!!!

Dari kiri : Adik Caroline Peter [4A 1B], Adik Mitchel Ling Mei Sue [3A 2B], Adik Evarincia Jaitin [5A], Adik Nur Asliah Roslan [1A], Adik Nur Suhana Astiqa Simon [4A 1C] & Adik Hani Syahfeazah Mustakim [4A 1B] - klik pada gambar untuk preview

Debaran terjawab sudah....

GOOD!!! Lulus juga akhirnya - 'pecah rekod' katanya....
 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009