- Ahlan Wasahlan -

rss

Khamis, 28 Mei 2009

Majlis Silahturrahim SKPK

Tarikh : 28hb Mei 2009 (Khamis)
Masa : 1230tgh
Tempat : Kelas tahun 6 G / Dewan Makan RMT SKPK

Wah, seronok!
Sesudah usai mesyuarat di SMK Keningau, kami terus kembali pula ke SKPK bagi mengikuti jamuan @ Majlis silahturrahim - 5 in 1.

1. Perpisahan dengan Pn. Rosabella Lombut (Guru Pra-Sekolah yang dipindahkan ke PPD - perpindahan setara). Beliau tidak dapat hadir.
2. Perpisahan dengan En. Nellson (Guru Ganti - tamat tempoh)
3. Perpisahan dengan En. Junaipin Amin (ROS - Pelatih IPGM Tawau)
4. Perpisahan dengan Cik Melanie Galawis (KTBM - pindah ke SK. Binaong / baru bertugas di SKPK sekitar 3 bulan)
5. Perpisahan dengan Cik Prissila (KTBM Pra-sekolah - penempatan semula bertugas di SK Patikang Ulu) dan...
6. Meraikan pelajar2 yang telah berjaya mengharumkan nama SKPK dalam beberapa pertandingan (Bola Tampar dll)


GB sedang memperkatakan sesuatu dengan En. Nellson & En. Junaipin Amin...

Sebahagian guru yang turut serta menjayakan majlis sederhana ini...
Duduk dihadapan dari kanan: Pn. CT Kaidah, Cik June, Pn. Hilina (PK1) & Pn. Beatrice M (PK HEM)

Aik.. sempat juga ka? Jangan paksa bah... malu2 kunun ni...
Yang senyum ceria tu Pn. Haryati, yang nampak malu2 tu Pn. Norhaini (KTBM) & hensem di belakang tu En. Md. Zali (GPM SKPK)

Haa ni dia GPM SKPK - En. Md. Zali yang cool aje...

Hai merenung nampak! ni la Guru Disiplin kami yang baik hati.... En. Rosdi Rusiman.

Majlis dimulakan....

En. Nellson (Guru Ganti - 3 bulan sahaja). Banyak juga pengalaman bah tu... manatau betul2 jadi guru suatu hari nanti. Yang penting sudah tolong main futsal walaupun heheee... forget it.

En. Junaipin (ROS - Pelatih KPLI IPGM Tawau)... bekas pelajar SKPK & anak watan tempatan. semoga dapat menabur bakti di sini satu hari nanti...

Cik Mellanie (siou kalau salah eja nama u)... KTBM yang akan berpindah ke SK Binaong. 3 bulan pun tak ape. Banyak juga pengalaman tu... Tahniah.

Cik Prisilla (sori ejaan mungkin salah ni - maaf jelah empunya diri kio). KTBM (Pra-sekolah) yang terlibat dengan penempatan semula & ditempatkan bertugas di sekolah baru - SK. Patikang Laut... Tahniah.

Wow! Ada kek bah... Lauknya aduii sedaap... (he3 ada yang plan manapau sudah tu... silakan3)

"Selamat Hari Lahir" - kepada guru2 yang lahir pada bulan April & Mei...
Thank's a lot for everything!

Bah... doa sudah di-aminkan. So apalagi... makan la.
Selamat menjamu selera & selamat manapau...

Bah relax aaa.. jgn sampai tercekik tulang manuk...

note : Jangan marah - jangan terasa. Kita suka-suka aja...

Terima Kasih!
Thank U!
Syukran!
Nandee!
Arigatooo... ....USR/280509/2026pm



0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009