- Ahlan Wasahlan -

rss

Sabtu, 16 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009

Tema Hari Guru 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

_________________________________________

Lirik Lagu Tema

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta lagu: Khairulrizam Bin Khalid
Pencipta lagu: Ili Nurbanirah Bt Baharudin
Pengubah Muzik: Marzuki Bin Tambi

http://www.moe.gov.my/hariguru

3 ulasan:

Tinta SKPK on 16 Mei 2009 pada 11:30 PG berkata...

***Renungan Hari Guru***

--Adakala kita dicaci,
adakala kita dimusuhi,
adakala kita dimarahi,
adakala kita tidak dihargai...

Tapi...

Kita tetap tersenyum pilu,
kita tetap mara melangkah,
kita tetap sabar & tekun,
kita tetap jitu & ikhlas,
dalam mendidik anak bangsa...

Tinta SKPK on 16 Mei 2009 pada 11:34 PG berkata...

from Cg. Nash

Banyak dapat BUNGA?
-tanda tugas guru mengharumkan dunia.

Banyak dapat PEN?
-tanda guru bijak melakar kata.

Banyak dapat PEMADAM?
-tanda guru sentiasa membetulkan kesalahan.

Banyak dapat MESEJ?
-tanda guru sentiasa di ingatan.

***SELAMAT HARI GURU***

Azha Abadi berkata...

Assalamualaikum.. salam sejahtera. Saya ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga SKPK. Tugas guru memang berat namun amat murni. Keikhlasan mencurah bakti dan mendidik anak bangsa kita sendiri sangat dituntut. Maka, pada saya menjadi guru amat menjadikan saya bersyukur padaNya, kerana setiap bulan kita dibayar, dan disebalik bayaran didunia ada ganjaranNya di akhirat sana.Kalau orang tak nampak keikhlasan kita, itu tak mengapa, tapi percayalah bahawa Dia yakni Allah maha mengetahui segalanya. selamat hari guru n salam mesra selalu.


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009