- Ahlan Wasahlan -

rss

Rabu, 27 Mei 2009

Mesyuarat Persiapan Akhir G52 6SRZP

Tarikh : 27hb Mei 2009 (Rabu)
Masa : 1300tgh
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : Semua guru kecuali yang terlibat dengan aktiviti rasmi @ masalah yang tidak dapat dielak.

Mesyuarat persiapan akhir Program G526SRZP telah dibuat sebagai langkah susulan tindakan dan pelaporan perlaksanaan terkini. Antara agenda yang mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

1. Ucapan alu-aluan GB (diwakili oleh PK Pentadbiran).
2. Penyampaian surat lantikan / arahan bertugas daripada PPD bagi setiap guru yang terlibat.
3. Pelaporan perlaksanaan / gerakkerja terkini bagi setiap bidang yang telah dilantik.
4. Hal-hal lain

Suasana di bilik guru SKPK tempat mesyuarat dijalankan...

Guru-guru sentiasa bersemangat mendengarkan penerang demi penerangan status perlaksanaan dpd PK Pentadbiran....

Perlaksanaan keseluruhan bidang dianggap memuaskan, walaupun begitu beberapa langkah penambahbaikan / alternatif masih diperbincangkan...

Guru-guru tetap ceria walaupun mesyuarat memakan masa perdana bersama family... pengorbanan bah! Demi anak-anak kita juga....

Orang kuat dibalik layar pentadbiran SKPK...

Tahniah kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri berbincang, mencambah idea, berkongsi pengalaman dan semuanya itu membuktikan kerjasama selama ini dalam memajukan pentadbiran sekolah dan mencemerlangkan putra putri di SKPK...


jam - 2335mlm
USR
S/U II G526SRZP

0 ulasan:


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009