- Ahlan Wasahlan -

rss

Ahad, 31 Mei 2009

Pertandingan Public Speaking (20.05.2009)

Pada 20hb Mei yang lalu, bertempat di bilik Pusat Sumber SK. Penagatan, telah diadakan Pertandingan 'Public Speaking' peringkat sekolah yang telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris bagi mencari wakil ke Pertandingan 'Public Speaking' Peringkat Zon Pegalan.

Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahap dua telah menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu pertandingan tersebut.

Peserta Pertama : Evarincia Jaitin (5 Cerdik)
Memang 'nervous' kalau jadi peserta pertama. Tengoklah si Eva tu, nampak pucat saja...hehe..

Nurhaziemah Mohd Zali (6 Bijak)
Nampak tenang, tapi dalam hati siapa tahu...

Intan Liyana Samuin (6 Bijak)
Nampak confident saja Intan ni....

Inilah dia barisan guru yang menjadi hakim pertandingan pada hari tersebut. Tengah tekun menilai peserta.
Ini pula gambar guru GPM SKPK, En. Mohd Zali Ayub yang bertindak selaku 'time keeper' pada hari tersebut. Thank you cikgu Zali kerana sudi membantu dan sudi meminjamkan bilik Pusat Sumber. Lain kali tolonglah lagi ye...

Nurul Syazuannie Henry (6 Cerdik)
Amboi....sampai tertutup mata nampak....ni dalam proses menghafal skrip ke...

Hanis Syahfika Mustakim (6 Bijak)

Selamba saja si Hanis ni bah....siap letak tangan di belakang lagi....hehe...

Nazwan Daniel Samin (6 Bijak)

Heh...ini pula macam sedang standby untuk pose saja..

Hani Syafieazah Mustakim (5 Cerdik)
Wah...tengok tu...memang bersungguh-sungguh si Hani membentangkan hujahnya.

Emma Shulita Joseph (6 Cerdik)

Hah....yang ini memang funny. Emma memang menceriakan pertandingan pada hari itu dengan aksi selamba dan lucunya....judges pun sampai pecah perut dibuatnya...hehe... Anyway good try Emma!!

Mohd Zulhamzi Jainin (6 Bijak)

Salah seorang daripada dua orang peserta lelaki yang menyertai pertandingan. Walaupun nampak nervous tapi Hamzi memang maintain cool.

Loreeta Jenise (4 Cerdik)

Kecil-kecil cili padi. Inilah peserta terakhir dan juga satu-satunya wakil daripada tahun empat. Walaupun begitu, adik Loreeta memang berbakat dan berani untuk bersaing. Keep it up!!

(Klik blog pautan JUNE V)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua murid ada bakat jika betul-betul digilap. Tahniah kepada murid yang kometmen tinggi untuk mencuba sesuatu cabaran.


Catat Ulasan

 
"TEAM WORK" - Prestasi cemerlang komitmen kami.

Hari Guru ZP

Public Speaking ZP

Kem 1Malaysia

Bulan Kokurikulum 2009

Pengakap 2009

Hari Bertemu Pelanggan 2009